| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

UT3-P1 Peratusan Permohonan Kebenaran Merancang Yang Diluluskan Mematuhi rancangan Pemajuan / Rancangan Tempatan

UT3-P1 Peratusan Permohonan Kebenaran Merancang Yang Diluluskan Mematuhi Rancangan Pemajuan / Rancangan Tempatan
Definisi Penunjuk

Bilangan permohonan kebenaran merancang yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat yang mematuhi pelan pengezonan Rancangan Pemajuan / Rancangan Tempatan yang telah diwartakan.

Penerangan / Justifikasi

Rancangan Tempatan (RT) merupakan suatu dokumen yang mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan terperinci cadangan-cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan berkenaan perancangan fizikal seperti gunatanah, alam sekitar, infrastruktur dan utiliti, lanskap, lalulintas dan lain-lain.  RT juga adalah satu rancangan jangka panjang yang menentukan arah tuju dan corak pembangunan akan datang bagi sesebuah kawasan.

Penyediaan RT telah mengambil kira dan memberi penekanan terhadap elemen-elemen kemampanan dalam merancang corak pembangunan guna tanah dan mengawal pembangunan bagi mencapai matlamat objektif pembangunan yang disasarkan. Permohonan kebenaran merancang yang diluluskan oleh PBT melalui Jawatankuasa Pusat Setempat perlu mematuhi pelan pengezonan Rancangan Pemajuan/Draf Rancangan Tempatan/Rancangan Tempatan atau yang telah diwartakan.

Sumber Data
  •  Pihak Berkuasa Tempatan.
Butiran Data

A. Jumlah permohonan kebenaran merancang yang mematuhi rancangan pemajuan/rancangan tempatan berdasarkan permohonan yang diluluskan pada tahun kajian

B. Jumlah keseluruhan permohonan kebenaran merancang yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

UT3 – P1 = (A÷B)×100

Di mana:

= Jumlah permohonan kebenaran merancang yang mematuhi rancangan pemajuan/ rancangan tempatan berdasarkan permohonan yang diluluskan pada tahun kajian.

B = Jumlah keseluruhan permohonan kebenaran merancang yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan.

100 (Patuh)

98 - 99%(Kurang Patuh)

≤ 97% (Tidak Patuh)

 

3

 

2

 

1

 

 

100% permohonan patuh rancangan pemajuan