| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

UT2-P3 Peratusan Perbelanjaan (Mengurus & Pembangunan) PBT

UT2– P3 Peratusan Perbelanjaan (Mengurus dan Pembangunan) Pihak Berkuasa Tempatan
Definisi Penunjuk

Peratusan perbelanjaan sebenar PBT adalah merangkumi belanja mengurus dan belanja pembangunan berbanding peruntukan tahun kajian.

Penerangan / Justifikasi

Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan semasa PBT bagi membiayai pengurusan dan pentadbiran PBT. Ini termasuk perbelanjaan untuk gaji (emolumen) kakitangan PBT dan penyelenggaraan. Manakala belanja pembangunan merangkumi perbelanjaan seperti pembinaan projek-projek, tanaman,  landskap dan sebagainya oleh PBT.

Perbelanjaan PBT akan memberi manfaat secara langsung untuk kesejahteraan rakyat dan mewujudkan kesan gandaan kepada aktiviti ekonomi. Objektif indikator ini adalah bagi melihat sejauh mana PBT mengurus perbelanjaan yang telah diperuntukkan dan diluluskan dengan cekap dan berkesan oleh PBT setiap tahun.

Pengurusan belanja mengurus yang teratur dan mencapai sasaran bajet yang telah diluluskan menunjukkan bahawa PBT tersebut sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui khidmat yang diberikan sebagai pentadbir kawasan. Begitu juga, perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan adalah menunjukkan semua usaha dan inisiatif dibuat secara holistik dan sistematik termasuk menyediakan infrastruktur yang  komprehensif di kawasan pentadbiran PBT.                                                                               

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan.

Butiran Data

A.   Jumlah perbelanjaan sebenar PBT tahun kajian.

B.   Jumlah peruntukan pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

UT2P3 = (A÷B)×100

Di mana:

= Jumlah perbelanjaan sebenar PBT tahun kajian.

= Jumlah peruntukan pada tahun kajian.

 

≥ 90 %

 

70 – 89 %

      

≤ 69 %

 

 

3

 

2

 

1

 

 

≥ 90%