| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

UT1-P1 Kepuasan Penduduk Terhadap PBT

UT1-P1 Peratusan kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan PBT
Definisi Penunjuk

Pengukuran tahap kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan keseluruhan PBT kepada seluruh kawasan pentadbiran dan operasi.

Penerangan / Justifikasi

Tahap perkhidmatan yang terbaik oleh PBT kepada seluruh kawasan pentadbiran dan operasinya menjadi pengukur kepada kepuasan penduduk. Berdasarkan Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT), terdapat 6 aspek utama yang terlibat iaitu:-

i.    Kebersihan Persekitaran dan Kesihatan;

ii.   Pengurusan Lalu lintas dan Tempat Letak Kereta;

iii.   Kemudahan Sosial/ Infrastruktur di Kawasan PBT;

iv.    Keselamatan dan Pencegahan Jenayah;

v.     Perkhidmatan Kaunter dan Pengurusan Pelanggan;

vi.    Pandangan dan Cadangan;

Sungguhpun begitu, kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan PBT bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sesebuah PBT dalam menyampaikan perkhidmatannya.

Sumber Data
  •  Pihak Berkuasa Tempatan
Butiran Data

A.   Jumlah responden yang berpuashati dengan perkhidmatan PBT berdasarkan borang soalselidik yang diedarkan pada tahun kajian.

B.   Jumlah responden pada tahun kajian.

 

(kurang berpuas hati)

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

UT1 – P1 =  A

Di mana:

= Peratus Kepuasan Penduduk Terhadap Perkhidmatan PBT

 ≥ 80% (berpuas hati)

 50% – 79% (sederhana berpuas hati)

≤ 49% (kurang berpuas hati)

 3

 

2

1

 

≥ 80%