| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ST3-P3 Peratusan Peruntukan Kewangan Pendidikan Alam Sekitar (Environmental Education)

ST3-P3 Peratusan Peruntukan Kewangan Pendidikan Alam Sekitar (Environmental Education)
Definisi Penunjuk

Peruntukan kewangan yang diperuntukkan oleh PBT setiap tahun bagi menjalankan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar.

Penerangan / Justifikasi

Pendidikan alam sekitar merupakan elemen penting dalam memastikan penjagaan dan pengurusan alam sekitar pada masa hadapan terus dipelihara. Pendidikan alam sekitar sering kali dilupakan dan tidak dipandang serius pelbagai pihak, hal ini terus menyebabkan tanggunggan kos penyelenggaraan alam sekitar terus meningkat kerana masyarakat tidak dididik dalam pentingnya menjaga alam sekitar. Penunjuk ini juga bertujuan menilai komitmen PBT dalam mempertingkatkan keaslian alam sekitar di kawasan kajian. Pengukuran dibuat dengan mengambil kira jumlah peruntukan kewangan untuk pendidikan alam sekitar oleh PBT di kawasan kajian berbanding jumlah peruntukan kewangan keseluruhan PBT untuk kawasan kajian.

Peruntukan dalam pendidikan alam sekitar yang tinggi menggambarkan keprihatinan PBT untuk memberi kesedaran dan pendidikan awal kepada pihak-pihak berkepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar di kawasan pentadbirannya demi mewujudkan persekitaran yang selesa, bersih, nyaman dan selamat bagi memenuhi keperluan penduduk masa kini dan generasi akan datang.

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.   Jumlah peruntukan kewangan yang dibelanjakan untuk pendidikan alam sekitar pada tahun kajian.

B.   Jumlah peruntukan kewangan untuk pendidikan alam sekitar pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ST3P3 = (A÷B)×100

Di mana:

= Jumlah peruntukan kewangan yang dibelanjakan untuk pendidikan alam sekitar pada tahun kajian.

= Jumlah peruntukan kewangan untuk pendidikan alam sekitar pada tahun kajian.

 

≥ 90%

(Amat Memuaskan)

70 - 89%

(Memuaskan)

≤ 69% 

(Kurang Memuaskan)

 

3

 

 

2

 

 

1

 

≥  90%

(peratusan peruntukan kewangan)