| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ST3-P1 Peratusan Penjanaan Sisa Pepejal Per Kapita

ST3-P1  Peratusan Penjanaan Sisa Pepejal Per Kapita
Definisi

Sisa pepejal yang dimaksudkan di dalam penunjuk ini adalah seperti mana tafsiran dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Penerangan / Justifikasi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengklasifikasikan sisa pepejal kepada 8 jenis iaitu sisa pepejal komersil, pembinaan, isi rumah, perindustrian, keinstitusian import, awam dan sisa pepejal khas. Penjanaan sisa pepejal bagi penunjuk ini tidak termasuk sisa pepejal berjadual dan juga sisa kumbahan yang dihasilkan di kawasan kajian.

Pertambahan jumlah sisa pepejal saban tahun menggambarkan ketidakperihatinan rakyat kepada penjagaan alam sekitar. Selain menyebabkan pembaziran ruang bagi tujuan pelupusan, ia juga memberi kesan kepada kos pengurusan sisa pepejal yang tinggi untuk mengelakkan pencemaran bau dan jangkitan penyakit daripada berlaku.

Penunjuk memberi gambaran sebenar perubahan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan di kawasan kajian. Program pengurusan sisa pepejal termasuk kaedah dan langkah yang bersesuaian perlu diwujudkan untuk mengurus sisa pepejal secara sistematik dan mampan yang akan mengarah kepada peningkatan kualiti alam sekitar dari segi tanah, bau dan udara.alibri","sans-serif"; mso-fareast-font-family:Batang;mso-bidi-font-family:Arial;mso-ansi-language: EN-US;mso-fareast-language:EN-US;mso-bidi-language:AR-SA'>Sehubungan itu, bagi melaksanakan ciri-ciri berdaya tahan bencana, penyertaan orang ramai adalah digalakkan terhadap pengurusan bencana kerana pengetahuan masyarakat tempatan atau indigenous knowledge akan dapat membantu pihak PBT memantapkan lagi pelan-pelan gunatanah dan pembangunan yang mengambilkira risiko bencana.

Sumber Data 
  • Pihak Berkuasa Tempatan

  • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

  • SWCorp

Butiran Data

A.   Jumlah sisa pepejal harian per kapita yang dijana di kawasan kajian pada tahun kajian.

B.   Jumlah sisa pepejal harian per kapita yang dijana di kawasan kajian pada tahun sebelum kajian.
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ST3 – P1 =  [(A–B)÷B]×100

Di mana:

= Jumlah sisa pepejal harian per kapita yang dijana di kawasan kajian pada tahun kajian.

= Jumlah sisa pepejal harian per kapita yang dijana di kawasan kajian pada tahun sebelum kajian.

Nota A :

Jumlah sisa pepejal harian per kapita yang dijana atau dihasilkan bahagi dengan jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.

Nota B :

Jumlah sisa pepejal harian per kapita yang dijana di kawasan kajian pada tahun sebelum kajian.

≤ 10%

(Memuaskan)

11% - 20%

(Sederhana Memuaskan)

≥ 21%

(Tidak Memuaskan)

3

 

2

 

 

1

 

 

≤ 10%