| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ST2-P1 Bilangan Inisiatif Pelaksanaan & Pengurusan Risiko Bencana

ST2-P1 Bilangan Inisiatif Pelaksanaan dan Pengurusan Risiko Bencana
Definisi Penunjuk

Inisiatif pelaksanaan dan pengurusan risiko bencana bermaksud apa-apa jua program/ aktiviti/ projek/ kajian/ penyediaan tempat mangsa bencana yang dilaksanakan bagi tujuan tindakan penyelesaian, pencegahan dan pengawalan dalam menangani risiko bencana di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. 

Penerangan / Justifikasi

PBT bersama-sama dengan Pihak Swasta, NGO, Badan-badan Sukarela, Institusi Pengajian Tinggi merangka program dan strategi Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) yang merangkumi aktiviti seperti kursus, penyertaan awam dan latih-amal bencana (disaster drill). Ia bertujuan untuk memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan masyarakat menghadapi situasi bencana supaya risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda dapat dikurangkan. Program CEPA ini juga adalah merupakan salah satu elemen dalam membentuk sistem amaran awal bencana kepada penduduk tempatan dan orang ramai. Perkara ini termasuk penyediaan kemudahan awam yang digunakan sebagai pusat pengumpulan mangsa bencana.

Disamping itu, kefahaman orang ramai terhadap pemakaian pelan-pelan pembangunan dan pelan-pelan pengurusan risiko bencana seperti Rancangan Tempatan, Peta Risiko Bencana, Peta Kerentanan Bencana, Peta Kesesuaian Pembangunan dan sebagainya perlu dipertingkatkan supaya orang-ramai, pemaju dan agensi kerajaan dapat menghindarkan pembangunan di kawasan-kawasan yang terancam dengan risiko bencana atau langkah-langkah mitigasi bencana boleh dilakukan berdasarkan kepada bentuk pembangunan yang hendak dirancang.

Sehubungan itu, bagi melaksanakan ciri-ciri berdaya tahan bencana, penyertaan orang ramai adalah digalakkan terhadap pengurusan bencana kerana pengetahuan masyarakat tempatan atau indigenous knowledge akan dapat membantu pihak PBT memantapkan lagi pelan-pelan gunatanah dan pembangunan yang mengambilkira risiko bencana.

Sumber Data
  • PBT, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Tanah dan Daerah, JPS, JMG, JAS, Jabatan Kesihatan.

Butiran Data

A.   Bilangan inisiatif pelaksanaan dan pengurusan risiko bencana tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ST2P1 = A

Di mana:

A = Bilangan inisiatif perlaksanaan dan pengurusan risiko bencana tahun kajian.

 

≥ 5  (amat memuaskan)

2 - 4  (memuaskan)

1 (kurang memuaskan) 

 

3

 

2

 

1

 

≥ 5 Inisiatif pelaksanaan dan pengurusan