| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ST1-P2 Keadaan Kualiti Udara Persekitaran

ST1-P2 Keadaan Kualiti Udara Persekitaran
Definisi Penunjuk

Indeks Pencemar Udara (IPU) adalah merupakan penunjuk bagi status kualiti udara di kawasan-kawasan tertentu. Ia dikira berdasarkan 6 kriteria pencemar udara (air pollutant criteria) iaitu 5 kriteria pencemar udara sedia ada yang terdiri daripada zarahan terampai bersaiz 10 mikrometer atau kurang (PM10), sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2) dan ozon (O3) serta 1 parameter tambahan iaitu zarhan terampai bersaiz 2.5 mikrometer atau kurang (PM2.5).

Penerangan / Justifikasi

Indeks Pencemar Udara (IPU) adalah dikira berdasarkan kepada sub-indeks bagi 6 pencemar udara iaitu zarahan terampai bersaiz 10 mikrometer atau kurang (PM10), sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2) dan ozon (o3) serta zarahan terampai bersaiz 2.5 mikrometer atau kurang (PM2.5). IPU ini dikategorikan sebagai baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya dengan mengikut skala yang tertentu. Kepekatan bagi 6 pencemar udara ini diukur secara berterusan 24 jam sehari melalui rangkaian 65 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh Malaysia.

Semakin tinggi peratus hari yang menunjukkan bacaan IPU yang ‘baik’ di sesuatu kawasan, maka semakin mampan kualiti udara di kawasan tersebut.

Nota :

Indeks Pencemar Udara (IPU)

Status Kualiti Udara

0-50

Baik

51-100

Sederhana

101-200

Tidak Sihat

201-300

Sangat Tidak Sihat

> 301

Berbahaya

 

Sumber Data
  •  Jabatan Alam Sekitar

Butiran Data

 A.   Bilangan hari direkodkan berstatus 'Baik' dan ‘Sederhana’ yang diukur mengikut Indeks Pencemar Udara di kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ST1 – P2 = (A÷365)×100

Di mana:

= Bilangan hari direkodkan berstatus ‘Baik’ dan ‘Sederhana’ yang diukur mengikut Indeks Pencemar Udara di kawasan kajian pada tahun kajian.

365 : Adalah merujuk bilangan hari dalam setahun.

≥ 80% hari baik & sederhana

60% - 79% hari baik & sederhana

≤ 59% hari baik & sederhana

 

3

 

2

 

1

≥ 80% hari baik