| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ST1-P1 Status Kualiti Air Sungai

ST1-P1 Status Kualiti Air Sungai
Definisi Penunjuk

Indeks Kualiti Air Sungai (WQI) ini adalah standard yang digunapakai untuk menentukan status kualiti air sungai yang ditentukan melalui pengujian makmal ke atas sampel air sungai secara berkala daripada Jabatan Alam Sekitar.

Penerangan / Justifikasi

Air sungai yang bersih dapat menyumbang kepada kualiti alam sekitar yang tinggi. Sebanyak 97% sumber bekalan air di Malaysia adalah dari sungai. Oleh itu, sungai perlu dipelihara dengan mengambil tindakan awal bagi mencegah pencemaran dan memastikan kualiti air di tahap bersih. Indikator ini hanya mengambil kira data semasa dari JAS yang hanya melibatkan sungai-sungai yang ada stesen pengawasan kualiti air sahaja.

Indeks Kualiti Air Sungai (WQI) diukur berdasarkan Parameter Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD), pH, Oksigen Terlarut (DO), Pepejal Terampai (SS) dan Ammonikal Nitrogen (AN).

Pengukuran status kualiti air sungai ini dilakukan di beberapa rangkaian stesen pengawasan kualiti air sungai oleh JAS yang ditempatkan di seluruh negara. Data diberi berdasarkan bacaan di stesen kajian atau di stesen yang terhampir setiap hari.

Kelas

Indeks Kualiti Air Sungai

Status

I

> 92.7

Dalam keadaan semulajadi

IIA

85 - 92.7

Air memerlukan rawatan konvensional

IIB

76.5 - 85

Air boleh digunakan untuk rekreasi

III

51.9 - 76.5

Air memerlukan rawatan intensif

IV

31 - 51.9

Hanya untuk tujuan pengairan

V

<31

Tercemar teruk

 

Sumber Data
  •  Jabatan Alam Sekitar

Butiran Data

A.   Bilangan sungai dalam Kelas IV dan Kelas V tahun kajian. (Nota : Sekiranya di dalam satu lembangan sungai terdapat pelbagai Kelas WQI termasuk Kelas IV dan V, maka WQI keseluruhan sungai tersebut dianggap Kelas V).

B.   Bilangan sungai di negeri yang terlibat dengan pengukuran tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ST1 – P1 =(A÷B)×100

Di mana:

= Bilangan sungai dalam Kelas IV dan V dalam tahun kajian.

= Bilangan sungai di negeri yang terlibat dengan pengukuran tahun kajian.

 

 

≤ 10%

11% - 49%

≥ 50

 

3

2

 

1

 

≤ 10% (peratusan pencemaran sungai dalam Kelas IV & V)