| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

LATAR BELAKANG MURNInets

Latar Belakang MURNInets

 

Merupakan singkatan kepada Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development). Satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui penggunaan penunjuk bandar.

 

PLANMalaysia telah menjalankan kajian mengenai penunjuk kemampanan bandar bermula pada tahun 1998 dan satu set penunjuk kemampanan bandar yang pertama telah disediakan pada tahun 2002 dikenali sebagai Malaysia Urban Indicators Network (MURNInet).

 

Melibatkan 11 sektor utama yang merangkumi 56 penunjuk kemampanan bandar.

 

Penunjuk ini kemudiannya telah diubah seiring dengn keperluan dasar-dasar Negara berdasarkan pelaksanaannya sehinggalah pada tahun 2010, penunjuk yang digunakan ketika itu telah dikurangkan kepada 40 penunjuk.

 

Bermula tahun 2012 hingga tahun 2016, MURNInets telah digunakan sebagai alat pengukur kemampanan bandar-bandar di Malaysia.

 

Ia menjadi program utama bukan hanya di peringkat jabatan malah di peringkat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta digunakan oleh Kementerian lain yang berkaitan.

 

Malahan, PBT yang menyertai program ini dan mencapai status bandar mampan telah diberi penghargaan oleh Yang Berhormat Menteri KPKT melalui Anugerah Bandar Mampan yang mula diperkenalkan pada tahun 2007.

 

 

Latar Belakang MURNInets 2.0

 

PLANMalaysia telah menjalankan kajian penambahbaikkan MURNInets yang dikenali kini sebagai MURNInets 2.0 pada tahun 2017. MURNInets 2.0 merangkumi 6 dimensi, 22 tema dan 43 penunjuk.

 

Melibatkan 27 penunjuk untuk tindakan penyediaan data oleh Pusat Operasi MURNInets PBT (POM PBT) dan 16 penunjuk adalah untuk tindakan oleh Pusat Operasi MURNInets Negeri (POMN)/ PLANMalaysia@Negeri.

 

Kajian penambahbaikkan MURNInets ini telah melibatkan ujicuba bagi enam (6) PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Majlis Daerah Gerik (MDG) dan lima (5) PLANMalaysia@Negeri.

 

Sebanyak empat (4) siri bengkel dan tiga (3) mesyuarat dan perbincangan bersama PBT, PLANMalaysia@Negeri dan agensi-agensi pembekal data telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci mengenai dapatan data dan keperluan setiap penunjuk yang akan digunapakai.

 

Kajian penambahbaikkan ini juga selaras dengan perubahan dasar-dasar utama negara (RMKe-11, RFN Ke-3 dan DPN2) ketika ini dan penggunaan pelbagai penunjuk kemampanan bandar di peringkat antarabangsa maka wujudnya keperluan untuk menjalankan kajian penambahbaikan dan pengukuhan MURNInets agar ia kekal relevan untuk digunakan.