| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

KT5-P1 Nisbah Tanggungan

KT5-P1 Nisbah Tanggungan
Definisi Penunjuk

Nisbah tanggungan merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan sebahagian populasi (tidak berkerja) yang bergantung kepada populasi yang berkerja. Nisbah kebergantungan adalah bersamaan dengan jumlah populasi yang berumur bawah 15 tahun dan melebihi 64 tahun dibahagikan dengan jumlah populasi yang berumur 15 hingga 64 tahun, dalam bentuk peratusan.

Penerangan / Justifikasi

Kumpulan penduduk yang berumur di bawah 15 tahun adalah sejumlah 27.4%, manakala penduduk tua adalah 5.0 % daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010. Manakala peratusan warga tua di Malaysia dijangka meningkat sehingga 7.2% menjelang tahun 2020. Berdasarkan data statistik, nisbah tanggungan Malaysia dijangka meningkat daripada 47.8% (2010) kepada 49.5% (2040).

Nisbah tanggungan menunjukkan potensi kesan beban dalam struktur populasi bagi pembangunan sosial dan ekonomi, terutamanya keperluan sokongan sosial. Oleh itu, nisbah kebergantungan yang tinggi menunjukkan penduduk yang aktif ekonomi dapat mengambil tanggungan/beban yang lebih besar dalam menyokong golongan muda di bawah 15 tahun dan golongan yang lebih tua.

Sumber Data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
  • Pihak Berkuasa Tempatan
Butiran Data

A.   Jumlah penduduk bekerja pada tahun kajian.

B.   Jumlah penduduk umur kurang daripada 15 tahun dan lebih daripada 64 tahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

 KT5 – P1 =  (A÷B)×100

Di mana:

A = Jumlah penduduk umur kurang daripada 15 tahun dan lebih daripada 64 tahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

B = Jumlah penduduk bekerja pada tahun kajian.

 

≤ 48%

49% - 60%

≥ 61%

3

2

 

1

 

≤ 48%