| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

KT3-P5 Indeks Kebahagian (Happiness Index)

KT3-P5 Indeks Kebahagiaan (Happiness Index)
Definisi Penunjuk

Tahap kepuasan individu didalam kehidupan seharian dan persekitarannya.

Penerangan / Justifikasi

Indeks Kebahagiaan merupakan pengukuran umum tahap kesejahteraan penduduk dengan lebih menyeluruh merangkumi tahap kesihatan mental dan fizikal. Setiap orang mempunyai tahap persepsi dan taksiran berlainan ke atas persekitaran penempatan mereka seperti perasaan selamat, kepuasan hidup, kecukupan kemudahan yang disediakan kerajaan, kecekapan pentadbiran kawasan dan sebagainya.

Sehubungan itu, penunjuk ini akan membantu dalam mengenalpasti tahap kegembiraan dan kesejahteraan penduduk. Indeks kebahagiaan boleh dikenalpasti melalui pemerhatian dan temubual. Komponen indeks kebahagiaan meliputi kesejahteraan psikologi, komuniti yang berdaya hidup, kepelbagaian budaya dan ketahanan, kesihatan, pendidikan, kepelbagaian ekologi, kualiti kehidupan dan kecekapan urustadbir.

Sumber Data
  • Kaji Selidik, Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data
A.    Peratus Indeks Kebahagiaan
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

KT3 – P5 =  A

Di mana:

= Peratus Indeks Kebahagiaan.

≥ 80%  (bahagia)

41% - 79%  (sederhana bahagia)

≤ 40%  (kurang bahagia)

 

1

 

 

> 80%