| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

KT3-P4 Peratus Tandas Awam Yang Mendapat Penarafan Lima Bintang

KT3-P4 Peratus Tandas Awam yang Mendapat Penarafan Lima Bintang
Definisi Penunjuk

Bilangan tandas awam dikategorikan lima bintang berbanding bilangan tandas awam yang dinilai pada tahun kajian.

Penerangan / Justifikasi

Tandas awam yang bersih, selesa dan selamat bukan sahaja menjamin keselesaan pengguna semata-mata namun ia juga dapat mengelakkan jangkitan penyakit serta memberi imej yang baik bagi sesebuah bandar khususnya dikalangan pelancong.

Penunjuk ini juga merupakan pengukur bagi menentukan tahap pelaksanaan dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan tandas awam yang bersih, selesa dan selamat kepada penggunan. Selain itu ia juga sebagai pengukur usaha yang telah dilakukan bagi mendidik dan membina kesedaran penggunaan tandas awam.

Data yang dibandingkan ialah data bilangan tandas awam yang dinilai sahaja di kawasan kajian bagi tahun kajian.

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

  • Jabatan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kesihatan Persekitaran)

Butiran Data

A.   Bilangan tandas awam mendapat penarafan lima bintangpada tahun kajian.

B.   Bilangan tandas awam dinilai pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

 KT3 – P4 =  (A÷B)×100

Di mana:

= Bilangan tandas awam mendapat penarafan lima bintangpada tahun kajian.

= Bilangan tandas awam dinilai pada tahun kajian.

Dewan/ Majlis Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Daerah

≥ 91 %

71% - 90%

≤ 70%

≥ 71 %

61% - 70%

≤ 60%

≥ 51 %

41% - 50%

≤ 40%

 

 

 

3

2

1

 

 

 

 

≥ 51 %