| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

KT2-P1 Peratus Liputan Kediaman Dalam Lingkungan 400 meter dari Kemudahan Masyarakat

KT2-P1 Peratus Liputan Kediaman Dalam Lingkungan 400 meter dari Kemudahan Masyarakat
Definisi Penunjuk

Penyediaan akses kepada komuniti dalam bentuk radius/bulatan dari kemudahan masyarakat dengan tempat kediaman.

Penerangan / Justifikasi

Pengukuran liputan kemudahansampaian penduduk ke kemudahan-kemudahan masyarakat sekitar kediamannya.

Kemudahan masyarakat yang dimaksudkan ialah kemudahan awam yang sering diperlukan dan selalu digunakan oleh penduduk seperti kemudahan kesihatan, keselamatan, kemudahan komuniti dan pendidikan yang disedia dan dikendalikan oleh kerajaan. Bagi kemudahan untuk keagamaan pula ia tidak semestinya dibiaya oleh kerajaan. Kemudahan-kemudahan ini hendaklah kemudahan berhierarki rendah iaitu kemudahan asas yang disediakan untuk kegunaan penduduk setempat seperti :-

a.   Kesihatan – Hospital, Poliklinik, Klinik Kesihatan, Klinik Desa, Klinik Ibu dan Anak dan Klinik 1Malaysia.

b.   Keagamaan – Masjid, Surau, Tokong, Kuil, Gudwara dan sebagainya.

c.   Pendidikan – Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Sinar (Kompleks Sukan) dan Sekolah K9. Tidak termasuk tadika, taska, sekolah menengah berasrama penuh, institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

d.   Tanah Lapang dan Kawasan Rekreasi – Taman Nasional, Taman Wilayah, Taman Bandaran, Taman Tempatan, Taman Kejiranan, Padang Permainan, Lot Permainan , Laman Rekreasi dan Kawasan Rekreasi.

e.   Komuniti – Dewan Serba Guna, Dewan Orang Ramai, Balai Raya dan Perpustakaan.

f.    Keselamatan – Balai Polis dan Bomba.

 

Nota :

Sekolah K9 merujuk kepada pendidikan sekolah rendah dan tiga tahun pertama pendidikan menengah di bawah satu bumbung (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia).

Sumber Data
  •  Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.   Pelan yang menunjukkan pertindihan kawasan kediaman dalam radius 400m dari lokasi (titik) kemudahan masyarakat (Rujuk Lampiran 4).

B.   Jumlah keluasan kawasan kediaman dalam lingkungan  400m radius dari kemudahan masyarakat pada tahun kajian.

C.   Jumlah keluasan kawasan kediaman di dalam kawasan operasi PBT pada tahun kajian.

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

KT2 – P1 =  (B÷C)×100

Di mana:

= Jumlah keluasan kawasan kediaman dalam lingkungan  400m radius dari kemudahan masyarakat pada tahun kajian.

= Jumlah keluasan kawasan kediaman di dalam kawasan operasi PBT pada tahun kajian.

 

 

≥ 90%

60% - 89%

≤ 59%

 

 

3

2

 

1

 

 

≥ 90 % peratus kawasan kediaman dalam lingkungan  400m radius dari kemudahan masyarakat