| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

KT1-P1 Peratus Pencapaian Penyediaan Rumah Mampu Milik Mengikut Sasaran Negeri

 

KT1-P1 Peratus Pencapaian Penyediaan Rumah Mampu Milik Mengikut Sasaran Negeri
Definisi Penunjuk

Perumahan mampu milik boleh didefinisikan seperti berikut iaitu :

a.   SPNB *(Program Rumah Mesra Rakyat) – Penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti dengan harga RM 65,000.00 dengan anggaran pendapatan isi rumah ialah RM 750.00 – RM 3,000.00.

b.   PR1MA – penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti dengan harga RM 100,000.00 hingga RM 400,000.00 dengan anggaran pendapatan isi rumah/individu ialah RM 2,500.00 hingga RM 10,000.00.

c.   Jabatan Perumahan Negara (JPN)– Penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti dengan harga RM 80,000.00 ke RM 300,000** dengan anggaran pendapatan isi rumah ialah RM 3,000.00 ke RM 6,000.00***.

Nota :

*     Program Rumah Mesra Rakyat

**   MyHome 1: Harga rumah dari RM 80,000 ke RM 150,000

      My Home 2: Harga rumah dari RM 120,001 ke RM 300,000

*** My Home 1: Anggaran pendapatan bulanan isi rumah dari RM 3,000 ke RM 4,000

      My Home 2: Anggaran pendapatan bulanan isi rumah dari RM 4,001 ke RM 6,000

Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN Ke-3), 2016

 

Secara umumnya, perumahan mampu milik ini boleh ditakrifkan sebagai perumahan berkualiti yang disediakan bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan harga anggaran purata RM 65,000.00 sehingga RM 400,000.00 dengan pendapatan isi rumah antara RM 750.00 sehingga RM 6,000.00.

 
Penerangan / Justifikasi

Penyediaan kemudahan perumahan yang mencukupi dan bersesuaian dengan kemampuan merupakan matlamat utama dalam mencapai kesejahteraan komuniti. Penyediaan perumahan mampu milik kepada golongan sasar merupakan agenda utama negara yang merupakan satu platform bagi mewujudkan komuniti yang kukuh dalam aspek ekonomi, pendidikan dan kesihatan kepada individu, keluarga dan masyarakat.

Penyediaan rumah mampu milik hendaklah memenuhi keperluan, permintaan dan kemampuan memiliki rumah untuk semua golongan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Penyediaan rumah mampu milik yang mencukupi dan berkualiti bagi kumpulan sasar isi rumah 40% terendah (isi rumah B40) hendaklah menjadi keutamaan di mana kumpulan B40 mempunyai purata pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM2,537.

Justeru itu, RMKe-11, RFN Ke-3 dan DPN2 telah menggariskan usaha ke arah penyediaan perumahan mampu milik.Penekanan kepada rumah mampu milik juga selaras dengan Dasar Perumahan Negara dan aspirasi negara untuk mencapai matlamat  1 Isi Rumah  1 Rumah.

Dalam RMKe-11, sasaran bagi setiap program perumahan telah ditetapkan termasuklah Program Bantuan Rumah, Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang masing-masing menyasarkan kumpulan sasar di bandar dan luar bandar. Kebanyakan program perumahan mampu milik yang dilaksanakan mensasarkan kumpulan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan di bawah RM8,000 sebulan.

Bagi tujuan MURNInets ini, data bilangan perumahan mampu milik adalah berdasarkan kepada peratusan pencapaian dasar perumahan mampu milik yang disediakan diperingkat negeri. Data yang digunakan ialah perumahan mampu milik yang telah mendapat Perakuan Siap iaituCertificate of Completion and Compliance (CCC).

Harga perumahan mampu milik sehingga RM 400,000 adalah merujuk kepada harga siling (maksimum) bagi rumah mampu milik PR1MA. Walaubagaimanapun, bagi negeri-negeri yang telah menetapkan harga siling yang lebih rendah atau  julat harga atau kadar harga maksimum yang tertentu bagi perumahan mampu milik mengikut ketetapan negeri, maka kadar tersebut hendaklah digunakan.

Sasaran penyediaan perumahan mampu milik adalah 100 peratus mengikut peratus sasaran yang ditetapkan oleh pihak negeri bagi rumah mampu milik yang perlu disediakan untuk setiap pembangunan perumahan yang disediakan. Walau bagaimanapun pencapaian peratusan sekurang-kurangnya 95 peratus adalah dikira sebagai mampan.

Sumber Data
  • SUK Bahagian Perumahan

  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.   Jumlah unit rumah mampu milik tang telah dibangunkan (telah mendapat kelulusan kebenaran merancang) pada tahun kajian.

B.   Jumlah unit rumah mampu milik yang telah disasarkan pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

KT1 – P1 =  (A÷B)×100

Di mana:

= Jumlah unit rumah mampu milik yang telah mendapat kelulusan kebenaran merancang pada tahun kajian.

= Jumlah unit rumah  mampu milik yang telah disasarkan kerajaan negeri pada tahun kajian.

Dewan/ Majlis Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Daerah

≥ 70%

50% – 69%

≤ 49%

≥ 50%

30% – 49%

≤ 29

 

 

≥ 30%

20% – 29%

≤ 19

 

 

 

3

2

 

1

 

 

≥ 30%

(Mengikut Sasaran semasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri)