| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT4-P1 Peratus Kediaman Mendapat Perkhidmatan Pembetungan

IT4-P1 Peratus Kediaman Mendapat Perkhidmatan Pembetungan 
Definisi Penunjuk

Mengukur peratusan kawasan yang mendapat perkhidmatan pembetungan dan berdaftar dengan pihak/agensi pelaksana pembetungan dalam kawasan kajian.

Perkhidmatan pembetungan meliputi :-

1. Loji Berpusat (Centralise Plant) - sistem pengumpulan dan kumbahan yang merangkumi rangkaian paip dan loji rawatan kumbahan berpusat. Sistem pembetungan berpusat digunakan untuk mengumpul dan merawat kumbahan daripada kuantiti yang tinggi yang terhasil daripada tadahan yang spesifik menurut strategi tadahan pembetungan di kawasan tersebut.

2. Loji Setempat (Multipoint Plant) - sistem pembetungan setempat merujuk kepada rawatan kumbahan dan pembuangan untuk sistem pengumpulan dan rawatan yang melibatkan komuniti yang kecil. Loji-loji ini akhirnya akan dirasionalisasikan ke loji-loji berpusat.

3. Loji Persendirian (Private Plant) - Loji persendirian adalah loji yang belum lagi diserahkan sebagai loji awam kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) atau sebelum 2008, kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

Penerangan / Justifikasi

Perkhidmatan pembetungan adalah penting dalam memantau kualiti pengeluaran sisa kumbahan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. 

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)/agensi pelaksana pembetungan 

Butiran Data

A. Jumlah kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan.

B. Jumlah kediaman di kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT4 – P1 = (A÷B)×100

Di mana:

= Jumlah kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan.

B = Jumlah kediaman di kawasan kajian pada tahun kajian.

Dewan/ Majlis Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Daerah

≥ 80% 

60%-79%  

≤ 59% 

≥ 70% 

50%-69%

≤ 49% 

≥ 60% 

40%-59%  

≤ 39% 

 

 

3

 

2

1

 

 

Lebih 60% penduduk atau unit rumah mendapat perkhidmatan pembetungan