| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT3-P1 Stesen Pengangkutan Awam

IT3-P1 Bilangan Terminal/Stesen Pengangkutan Awam Bersepadu
Definisi Penunjuk

Bilangan terminal / stesen pengangkutan awam bersepadu di sesebuah kawasan. Terminal / stesen pengangkutan awam bersepadu adalah tempat/kawasan/bangunan yang menempatkan pelbagai kemudahan pengangkutan awam (gabungan antara bas atau teksi atau rel atau air) di satu tempat/kawasan.

Penerangan / Justifikasi

Terminal/stesen pengangkutan awam bersepadu dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara berpusat yang dapat meningkatkan kemudahsampaian, mengurangkan penggunaan sumber (tanah), dan kesesakan lalu lintas serta dapat menjimatkan masa pertukaran mod pengangkutan. Lebih banyak terminal pengangkutan awam bersepadu disediakan menunjukkan ianyalebih mampan.

Bagi penggunaan dalam konteks MURNInets ini,  terminal / stesen pengangkutan awam bersepadu yang dimaksudkan adalah pusat pengangkutan awam yang menempatkan sekurang-kurangnya dua (2) mod pengangkutan awam pada satu tempat / lokasi /kawasan / bangunan.

Sebagai contoh kawasan tersebut terdapatnya tempat bagi pengangkutan bas dan teksi walaupun secara fizikalnya tidak kelihatan seperti terminal/stesen berpusat namun dari segi operasinya berfungsi  dua (2) atau lebih mod pengangkutan.

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Butiran Data

A. Bilangan terminal / stesen pengangkutan awam bersepadu yang disediakan
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT3 – P1 = A

Di mana:

= Bilangan terminal/stesen pengangkutan awam bersepadu di kawasan kajian pada tahun kajian

Dewan/ Majlis Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Daerah

≥ 8

6 – 7

≤ 5

≥ 6

4 – 5

≤ 3

≥ 4

2 – 3

≤ 1

 

 

3

2

 

1

 

 

 

≥ 4