| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT2-P1 Kadar Kenaikan Tahunan Kitar Semula

IT2 – P1 Kadar Kenaikan Tahunan Kitar Semula
Definisi Penunjuk

Sisa pepejal isi rumah ialah apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman.

Kadar Kitar semula bermaksud proses pengasingan sisa pepejal isi rumah yang melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut komposisi sisa seperti sisa kitar semula, sisa baki dan sisa pukal/kebun. Ini termasuklah sisa dapur, sisa makanan, bahan-bahan kotor, lampin pakai buang, kertas, plastik, sisa pukal, sisa kebun dan lain-lain (sisa kaca/seramik/tin aluminium/besi/logam/sisa elektronik/elektrik/fabric/kasut dan sisa berbahaya)

Penerangan / Justifikasi

Pengukuran ini adalah untuk melihat usaha dan inisiatif pentadbir dan masyarakat dalam  mengurus dan menggalakkan budaya kitar semula sisa pepejal di sesebuah kawasan.

Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan mensasarkan kadar kenaikan tahunan kitar semula penduduk Malaysia adalah 2 % setahun. RMKe-11 telah menyasarkan 22% kadar kitar semula daripada isi rumah menjelang tahun 2020 melalui pelaksanaan 3R (reuse, reduce,recycle) sebagai matlamat jangka masa panjang dengan pengurusan sistem pengurusan pepejal yang lebih baik.

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

  • Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Butiran Data

A.   Jumlah sisa pepejal yang dikitar semula (kilogram).

B.   Jumlah sisa pepejal yang dijana (kilogram).

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT2P1 =  FI - F2

Di mana:

F1 = (A÷B)×100

= Jumlah sisa pepejal yang dikitar semula di kawasan kajian pada tahun kajian.

= Jumlah sisa pepejal yang dijana di kawasan kajian pada tahun kajian.

 

F2 = (A1÷B1)×100

A= Jumlah sisa pepejal yang dikitar semula di kawasan kajian pada tahun sebelum kajian.

B= Jumlah sisa pepejal yang dijana di kawasan kajian pada tahun sebelum kajian.

 

> 2% (Memuaskan)

 2%  (Sederhana)

< 2% (Tidak Memuaskan)

 

3

 

2

 

1

 

 

 

≥ 2%