| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT1-P6 Kadar Penembusan Jalur Lebar

IT1– P6 Kadar Penembusan Jalur Lebar
Definisi Penunjuk

Mengukur kadar liputan kemudahan rangkaian internet berkelajuan tinggidalam sesebuah kawasan. Jalur Lebar adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi. Internet berkelajuan tinggi bermaksud minimum kelajuan adalah 10Mbps.

Penerangan / Justifikasi

Menilai kadar liputan kemudahan rangkaian internet berkelajuan tinggiselaras dengan perkembangan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Peratusan liputan kawasan rangkaian internet berkelajuan tinggi(10Mbps atau lebih tinggi) yang lebih besar adalah lebih mampan. 

Jalur lebar berkelajuan tinggi adalah kritikal bagi pertumbuhan ekonomi. Laporan International Telecommunication Union (ITU) 2012 menyatakan peningkatan penembusan jalur lebar sebanyak 10% akan menyumbang kepada peningkatan 0.7 mata peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia. Melalui teras ke-5 RMK-11 iaitu memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomiyang akan dilaksanakan  melalui capaian digital akan ditambah baik menerusi peluasan infrastruktur jalur lebar dan inisiatif bagi memastikan perkhidmatan jalur lebar yang mampu dibayar.

Bidang fokus C iaitu menambah baik liputan dan kualiti serta kemampuan langganan infrastruktur digital dilaksanakan melalui Strategi C1 iaitu memperluas dan menaik taraf infrastruktur jalur lebar melalui pelaksanaan jalur lebar sebagai perkhidmatan asas, menambah baik sambungan antarabangsa hingga capaian peringkat akhir dan mengintegrasikan perancangan infrastruktur digital.

 
Sumber Data

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM )

Butiran Data

Kadar penembusan jalur lebar per 100 penduduk.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT1P6 = A

Di mana:

= Kadar penembusan jalur lebar per 100 penduduk.

 

≥ 70%  (Tinggi)

 

40% - 69%  (Sederhana)

 

≤ 39%  (Rendah)

 

3

 

2

 

1

 

≥ 70%