| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT1-P6 Kadar Liputan Jalur Lebar

IT1– P6 Kadar Liputan Jalur Lebar
Definisi Penunjuk

Peratusan penduduk yang diliputi oleh sekurang-kurangnya kemudahan rangkaian jalur lebar mudah alih 3G merujuk kepada peratusan penduduk yang berada dalam jarak sekurang-kurangnya isyarat selular mudah alih 3G, tanpa mengira sama ada mereka adalah pelanggan. Ini dapat dikira dengan membahagikan bilangan penduduk yang diliputi oleh sekurang-kurangnya isyarat selular mudah alih 3G dengan jumlah penduduk di dalam satu kawasan atau sempadaan dan didarab dengan 100. Ia tidak termasuk penduduk yang diliputi oleh isyarat yang lebih rendah daripada 3G seperti GPRS, EDGE atau GSM.

Penerangan / Justifikasi
i)  Menilai kadar liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk tanpa mengira sama ada mereka adalah pelanggan kepada sesuatu rangkaian telco mahupun tidak bagi kemudahan rangkaian sekurang-kurangnya 3G selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
ii)  Peratusan liputan yang tinggi di kawasan berpenduduk adalah lebih baik dan mampan.
iii)  Peningkatan peratusan kadar liputan jalur lebar dapat dilakukan dengan cara menaiktaraf rangkaian yang masih belum mencapai isyarat 3G atau menambah bilangan infrastruktur jalur lebar menerusi pembinaan struktur baharu.
iv)  Sasaran liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk yang telah ditetapkan di peringkat nasional adalah pada tahap 95% menjelang tahun 2020 selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam RMK-11.

Bagi mendapatkan peratus kadar liputan jalur lebar di kawasan kajian, jumlah penduduk yang diliputi dengan rangkaian 3G di dalam kawasan kajian dibahagi dengan jumlah penduduk di dalam kawasan kajian.

Sumber Data

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM )

Butiran Data

Kadar liputan jalur lebar.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT1– P6 = A

Di mana:

A = Kadar liputan jalur lebar.

Dewan/ Majlis Bandaraya

Majlis Perbandaran

Majlis Daerah

≥ 90%

70% - 89.9%

< 70%

≥ 80%

60% - 79.9%

< 60%

≥ 70%

60% - 69.9%

< 50%

3

2

1

Bandaraya ≥ 90%

Perbandaran ≥ 80%

Daerah ≥ 70%