| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT1-P5 Pengurangan Kes Gangguan Bekalan Elektrik

IT1– P5 Pengurangan Kes Gangguan Bekalan Elektrik 
Definisi Penunjuk

Gangguan bekalan elektrik merujuk kepada masalah  membekalkan elektrik untuk jangka masa panjang atau pendek di sesebuah kawasan kepada pengguna.

Penerangan / Justifikasi

Gangguan bekalan elektrik bukan hanya menjejaskan aktiviti harian individu malah turut memberi kesan kepada pelbagai aktiviti lain seperti sektor perniagaan, perkilangan, perbandaran, kesihatan dan sebagainya. Terdapat banyak sebab berlakunya gangguan bekalan elektrik antaranya termasuklah kegagalan stesen penjana elektrik, kerosakan pada talian penghantaran, pencawang atau bahagian lain pada sistem pengagihan elektrik, litar pintas, atau beban lampau pada bekalan elektrik sesalur.

Tiga kategori gangguan bekalan kuasa adalah seperti berikut:

i.         Kegagalan sementara - kehilangan kuasa sementara yang disebabkan gangguan pada talian kuasa. Bekalan elektrik akan pulih secara automatik apabila gangguan tersebut diperbetulkan.

ii.        Padam separa - jatuhan voltan pada bekalan elektrik. Istilah tersebut berasal daripada keadaan lampu elektrik yang semakin malap apabila voltan semakin turun. Fenomena padam separa boleh menyebabkan prestasi peralatan elektrik yang semakin terjejas serta operasi yang tidak betul.

iii.      Putus bekalan elektrik - Kehilangan terus kuasa elektrik, serta merupakan jenis gangguan bekalan elektrik yang paling teruk. Bekalan elektrik terputus berpunca daripada beberapa sebab seperti stesen janakuasa terpelantik, talian elektrik terputus, dan sebagainya. Bekalan elektrik yang terputus mengambil masa dari beberapa minit sehinggalah berminggu-minggu, bergantung kepada punca bekalan elektrik terputus serta konfigurasi rangkaian elektrik.

Gangguan bekalan elektrik dibahagikan kepada gangguan tidak berjadual dan gangguan berjadual pada voltan rendah, voltan sederhana dan voltan tinggi. Berdasarkan Maklumat Prestasi dan Statistik Industri Pembekalan Elektrik di Malaysia 2013, gangguan tidak berjadual di dapati meningkat menurun 13% dari tahun 2010 (94,940 kes) ke tahun 2011 (81,860 kes). Gangguan ini di dapati terus menurun pada tahun 2012 (74,436 kes) berbanding tahun 2011. Walau bagaimanapun bilangan kes bagi gangguan tidak berjadual di dapati meningkat 5.66% pada tahun 2013 (78,647 kes).

Sumber Data

Tenaga Nasional Berhad

Butiran Data

A.   Bilangan Laporan  Gangguan Bekalan Elektrik Pada Tahun Kajian.

B.   Bilangan Laporan Gangguan Bekalan Elektrik Pada Tahun Sebelum Kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT1P5 =  (B-A)÷B×100

Di mana:

= Bilangan Laporan Gangguan Bekalan Elektrik Pada Tahun Kajian.

= Bilangan Laporan Gangguan Bekalan Elektrik Pada Tahun 

 

≥ 15%

10-14%

≤ 9%

 

3

 

2

1

 

Pengurangan kes melebihi 15%

bagi gangguan bekalan elektrik