| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT1-P4 Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW)

IT1– P4 Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil (NRW)
Definisi Penunjuk

Kehilangan air bermaksud kehilangan air bersih dan terawat yang dikenali sebagai Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water - NRW). Ia boleh didefinisikan sebagai perbezaan antara jumlah pengeluaran air yang dibekalkan ke dalam sistem agihan berbanding jumlah penggunaan sah yang dibilkan.

Penerangan / Justifikasi

Kehilangan air merupakan salah satu isu penting dalam pengurusan air negara kerana ia memberi impak terhadap kemampanan bekalan air terawat kepada pengguna. Dalam tempoh RMKe 11, NRW akan dikurangkan daripada 36.6% pada tahun 2013 (2016: 35.2%) kepada 25% menjelang tahun 2020 dengan pelaksanaan program pengurangan NRW secara holistik.

Matlamat utama bagi mencapai sasaran berkenaan adalah dengan menurunkan ’Kehilangan Fizikal’ dan ’Kehilangan Komersil’ yang merupakan dua komponen utama NRW. Kehilangan komersial merangkumi bacaan meter yang tidak tepat, penggunaan tidak sah dan kegunaan air yang tidak dibilkan. Kerugian fizikal pula seperti kebocoran atau paip pecah.

Tujuan indikator ini ialah untuk mengukurperatusanjumlah isipadu kehilangan air dalam sesebuah kawasan dalam tahun kajian. Pengurangan NRW membolehkan bekalan air yang sedia ada dapat menampung permintaan air yang kian meningkat dan mengelakkan pembaziran sumber. Lebih rendah kadar kehilangan air adalah lebih mampan.

Sumber Data
  • Jabatan Bekalan Air Negeri / Syarikat Perkhidmatan Air

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Butiran Data

A.   Isipadu air (liter)  yang dibekalkan dalam setahun bagi kawasan kajian pada tahun kajian.

B.   Isipadu air (liter) yang hilang dalam setahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT1P4 = (B÷A)×100

Di mana:

= Isipadu air (liter) yang dibekalkan dalam setahun bagi kawasan kajian pada tahun kajian.

= Isipadu air (liter) yang hilang setahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

 

≤ 20% (Rendah)

21% - 29% (Sederhana)

≥ 30%  (Tinggi)

 

3

 

2

 

1

 

 

Pengurangan 20% kadar kehilangan air tidak terhasil (NRW)