| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT1-P3 Pengurangan Kes Gangguan Bekalan Air

IT1– P3 Pengurangan Kes Gangguan Bekalan Air 
Definisi Penunjuk

Merujuk kepada masalah dan gangguan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna.  Antara puncanya ialah paip bekalan air pecah, tekanan air yang rendah, penyelenggaraan terhadap paip air yang telah usang,  kualiti bekalan air  tercemar dan bekalan air bersih di loji rawatan yang tidak mencukupi disebabkan atas faktor musim kemarau dan sebagainya. 

Penerangan / Justifikasi

Perkhidmatan bekalan air yang berterusan tanpa gangguan adalah matlamat bagi penunjuk ini.  Semakin kerap masalah bekalan air berlaku menunjukkan kelemahanpengagihan sumber tersebut selain menggambarkan ketidakmampanan pengurusan dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna. Perkhidmatan bekalan air dilihat efisien apabila tiada aduan kes gangguan bekalan air oleh penduduk atau kes gangguan bekalan air yang direkodkan oleh agensi yang bertanggungjawab membekalkan air.

Bagi tujuan pengukuran, data yang diperlukan bagi penunjuk ini ialah bilangan laporan gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan kajian. Gangguan bekalan air yang disebabkan oleh penyelenggaraan paip air usang yang dijadualkan adalah tidak diambilkira sebagai data bagi tujuan ini. Data bilangan laporan merujuk kepada jumlah gangguan bekalan air yang direkodkan oleh agensi yang berkenaan. 

Sumber Data
  • Jabatan Bekalan Air Negeri / Syarikat Perkhidmatan Air

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Butiran Data

A.   Bilangan Laporan Gangguan Bekalan Air Pada Tahun Kajian.

B.   Bilangan Laporan Gangguan Bekalan Air Pada Tahun Sebelum Kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT1P3 =  (B-A)÷B×100

Di mana:

 A = Bilangan Laporan Gangguan Bekalan Air Pada Tahun Kajian.

 B = Bilangan Laporan Gangguan Bekalan Air Pada Tahun Sebelum Kajian.

 

 

≥ 15%

 

10-14%

 

≤ 9%

 

3

 

 

2

 

 

1

 

 

Pengurangan laporan melebihi 15% bagi gangguan bekalan air