| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT1-P1 Isipadu Penggunaan Air Domestik Harian Per Kapita

IT1 – P1 Isipadu Penggunaan Air Domestik Harian Per Kapita 
Definisi Penunjuk

Isipadu penggunaan air domestik dimaksudkan bagi kegunaan aktiviti harian seperti minum, memasak, mandi, mencuci, sanitari serta lain-lain  oleh seorang penduduk sehari. 

Penerangan / Justifikasi

Penggunaan air domestik adalah penggunaan air oleh isi rumah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian di dalam dan di luar rumah seperti flush tandas, membasuh pinggan mangkuk, memasak, mencuci pakaian, mandi, menyiram tanaman, dan lain- lain. Manakala air bukan domestik pula merujuk kepada air yang digunakan untuk tujuan komersil, perindustrian, penggunaan awam pertanian, dan penternakan.

Kadar penggunaan air yang disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun kadar penggunaan air di Malaysia pada tahun 2014 adalah sebanyak 211 liter air sehari dan telah menurun kepada 209  liter air sehari pada tahun.

Penggunaan air domestik harian secara berhemah oleh setiap penduduk adalah sangat penting untuk menjamin kemampanan bekalan sumber air yang berterusan pada masa akan datang. Penggunaan jumlah isipadu air yang rendah adalah mampan.

Sumber Data
  • Jabatan Bekalan Air Negeri / Syarikat Perkhidmatan Air

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Butiran Data

A.       Isipadu (liter) penggunaan air domestik setahun pada tahun kajian

B.       Jumlah penduduk pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT1 – P1 = (A÷B)÷365

Di mana:

=  Isipadu (liter) penggunaan air domestik setahun  pada tahun kajian.

=  Jumlah penduduk pada tahun kajian.

Nota:

           365 = Jumlah hari dalam setahun 

 

 ≤ 165 liter/ hari/ orang

(Rendah)

 

166 – 200 liter/ hari/ orang

(Sederhana)

 

≥ 201 liter/ hari/ orang

(Tinggi)

 

3

 

 

 

 

2

 

 

 

1

 

 

 

≤ 165 liter/hari/orang