| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT4-P2 Program/Aktiviti/Inisiatif Pembangunan Pelancongan

GT4-P2 Program / Aktiviti / Inisiatif Pembangunan Pelancongan
Definisi Penunjuk

Program/aktiviti/inisiatif pembangunan pelancongan dijelaskan sebagai semua program atau sebarang aktviti/inisiatif atau usaha-usaha yang dijalankan bagi maksud memajukan dan membangunkan sektor pelancongan termasuk pelancongan pendidikan, kesihatan, membeli-belah, rekreasi, warisan, kebudayaan, alam semulajadi dan sebagainya. Pelaksanaan program/aktiviti/inisiatif ini boleh dijalankan oleh PBT sendiri atau secara kolaborasi bersama pihak-pihak lain seperti Kementerian, swasta, NGO, agensi pelancongan, individu dan lain-lain pihak yang berkepentingan.   

Penerangan / Justifikasi

Industri pelancongan diiktiraf di peringkat global sebagai salah satu sektor yang penting dalam menjana sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Di Malaysia, kurniaan anugerah alam, kepelbagaian budaya, suasana politik, ekonomi dan sosial yang stabil serta keamanan dan keselamatan telah merangsang perkembangan industri pelancongan. Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar untuk memastikan industri ini terus menjadi peneraju kepada sektor perkhidmatan di negara ini.

Menyedari kepentingan dan impak industri ini kepada ekonomi, kerajaan telah memberi penekanan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2000-2010 (RRJP3), Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 (RMKe-9) dan Pelan Induk Perindustrian Ketiga, 2006-2020 (PIP3). Industri pelancongan menjadi sektor kelima terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dengan menjana pendapatan negara kasar (PNK) sebanyak RM36.9 bilion dengan jumlah ketibaan pelancong sebanyak 24 juta orang pada tahun 2009. Dijangkakan menjelang tahun 2020, industri ini akan terus berkembang dan akan menyumbang RM103.6 bilion kepada PNK dan bilangan pelancong akan meningkat kepada 36 juta orang. (PEMANDU, 2010). Malaysia menerima ketibaan pelancong asing seramai 24.5 juta orang pada tahun 2010 iaitu mengalami pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus berbanding pada tahun 2009.

Bagi maksud itu, indikator ini sangat penting bagi memastikan di peringkat tempatan dan negeri dapat membantu dalam mengalakkan pertumbuhan pelancongan secara mampan dan melonjakkan ekonomi setempat dan negara. PBT bersama pihak-pihak berkepentingan dapat mengembling tenaga bagi memastikan kelangsungan pembangunan pelancongan.

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.   Jumlah penduduk bekerja  yang berumur  15 - 64 tahun pada tahun kajian.

B.   Jumlah penduduk bekerja yang berumur  15 - 64 tahun pada tahun sebelum kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

GT2 - P2 =  A

Di mana:

= Bilangan program / aktiviti / inisiatif pembangunan pelancongan

 

≥ 15

 5 - 14

≤ 4

 

3

2

1

 

Lebih daripada 15 program/aktiviti/inisiatif pembangunan pelancongan