| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT3-P1 Hartanah Perumahan Yang Tidak Terjual

GT3-P1 Hartanah Perumahan Yang Tidak Terjual
Definisi Penunjuk

Mulai 1 Januari 2003, National Property Information Centre (NAPIC) telah mendefinisikan harta tanah yang tidak terjual (termasuk kediaman) sebagai harta tanah yang telah siap dibina dan telah mendapat certificate of completion and compliance (CCC) tetapi masih belum dijual melebihi 9 bulan selepas ianya dilancarkan untuk dijual pada atau selepas 1 Januari 1997. 

Penerangan / Justifikasi

Mengenalpasti tahap keseimbangan di antara pengeluaran stok dan permintaan sebenar unit perumahan di sesebuah kawasan. Jika kadar tidak terjual tinggi, ia menggambarkan berlakunya lebihan penawaran serta proses pengeluaran bekalan perumahan yang tidak terancang.

Keadaan ini mengakibatkan pembaziran sumber tanah dan kerugian pelaburan  apabila rumah yang dibina tidak dapat dijual. Rumah yang tidak terjual dan dibiarkan kosong boleh mengundang aktiviti tidak sihat daripada berlaku seperti menjadi tempat penagihan dadah, berjudi dan sebagainya. Semakin kurang peratus rumah yang tidak terjual semakin mampan perancangan dan penggunaan tanah di sesuatu kawasan.

Memandangkan jumlah unit rumah yang tidak terjual hanya akan diketahui setelah 9 bulan dari tarikh CCC dikeluarkan maka  data yang digunakan  adalah merujuk kepada bilangan unit rumah berdasarkan CCC yang dikeluarkan dari bulan januari sehingga Julai pada tahun yang dikaji. Kaedah yang sama juga akan digunakan bagi mendapatkan data bagi tahun bandingan.

Sumber Data
  • Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC) / Pihak Berkuasa Tempatan
Butiran Data

A.   Bilangan unit rumah siap dengan CCC yang tidak terjual di kawasan kajian pada tahun kajian.

B.   Jumlah unit kediaman siap dibina di kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian
 

GT3 – P1 = (A÷B)×100

Di mana:

A = Jumlah unit kediaman siap dibina dengan CCC tidak terjual di kawasan kajian pada tahun kajian.

= Jumlah unit kediaman siap dibina di kawasan kajian pada tahun kajian.

≤ 5% rumah tidak terjual (Rendah)

5% - 10% rumah tidak terjual (Sederhana)

≥ 10% rumah tidak terjual (Tinggi)

3

 

2

 

1
 
 
≤ 5%
(Harta tanah perumahan  tidak terjual)