| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT2-P3 Peratus Permohonan Pewartaan Kawasan Lapang

GT2-P3 Peratus Permohonan Pewartaan Kawasan Lapang
Definisi Penunjuk

Kawasan lapang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) sebagai :

“Mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam, atau sebagai suatu tempat awam“.

Penerangan / Justifikasi

Kawasan lapang berfungsi sebagai kawasan hijau untuk beriadah, rekreasi atau tempat bagi komuniti berinteraksi  di samping melakukan aktiviti kemasyakatan .

 Dasar Perbandaran Kedua (DPN2) telah menyatakan fungsi kawasan lapang termasuklah:

  1. Penyediaan udara bersih dan air;
  2. Penyerapan karbon (ʻcarbon sequestrationʼ);
  3. Makanan, serat dan bahan bangunan, penyelenggaraan sistem hidrologi, perlindungan tanah dan perlindungan dari bencana alam seperti tanah runtuh;
  4. Kawasan hijau juga menyediakan keperluan rekreasi dan riadah bagi penduduk bandar;
  5. Meningkatkan penyusupan air larian permukaan serta berupaya mengurangkan intensiti banjir;
  6. Mengurangkan kesan pulau haba bandar;
  7. Menghubungkan kembali manusia dengan alam semula jadi;
  8. Taman-taman bandar menyediakan kelas terbuka yang unik bagi tujuan pendidikan alam sekitar; dan
  9. Menanamkan rasa pemilikan dan tanggungjawab untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.

Bagi memastikan kepentingan fungsi ini dipelihara untuk dimanfaatkan secara berterusan, kawasan lapang awam perlu diwartakan agar statusnya sebagai kawasan lapang akan terus terjamin.

Objektif penunjuk ini adalah supaya pihak berwajib berusaha untuk mengambil tindakan pewartaan ke atas kawasan lapang. 

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.   Bilangan permohonan mewartakan kawasan lapang pada tahun kajian.

B.   Bilangan kawasan lapang yang diluluskan dalam permohonan pelan kebenaran merancang pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

GT2-P3 = (A÷B)×100

Di mana:

A = Bilangan permohonan pewartaan kawasan lapang pada tahun kajian.

B = Bilangan kawasan lapang yang diluluskan dalam permohonan pelan kebenaran merancang pada tahun kajian.

 

≥ 80%

60 % – 79%

≤ 59%

3

 

2

 

1

 

 

 

≥ 80%