| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT2-P2 Nisbah Penyediaan Kawasan Lapang Awam Berbanding Dengan 1,000 Penduduk

GT2-P2 Nisbah Penyediaan Kawasan Lapang Awam Berbanding Dengan 1,000 Penduduk
Definisi Penunjuk

Definisi kawasan lapang awam adalah merujuk kepada peruntukan seksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172].

Secara terperinci, ia meliputi tiga kategori berikut :

a.   Tanah Lapang Awam iaitu tanah lapang dalam skim-skim pembangunan yang diserahkan kepada PBN yang mana tertakluk di bawah peruntukan seksyen 2(1), Akta 172 dan seksyen 5 dan 62, Kanun Tanah Negara.

b.   Kemudahan Rekreasi Awam iaitu yang dibangunkan untuk digunakan bagi tujuan awam yang terletak di dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

c. Kawasan Rekreasi Awam iaitu yang dibenarkan untuk diguna oleh orang awam yang terletak di dalam kawasan operasi PBT.

Penerangan / Justifikasi

Kawasan lapang awam diukur selaras keputusan mesyuarat MPFN Ke 5/2005 pada 6 Oktober 2005 yang mensasarkan penyediaan 2 hektar kawasan lapang awam bagi setiap 1,000 penduduk bandar ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penyediaan kawasan lapang awam adalah perlu supaya penduduk dapat menikmati kemudahan rekreasi yang mencukupi bagi tujuan riadah, peningkatan tahap kesihatan serta bagi tujuan penghijauan.

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.   Keluasan (hektar) kawasan lapang awam pada tahun kajian.

B.   Jumlah penduduk keseluruhan pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

GT2 – P2 =  (1,000 ÷ B) × A

Di mana:

= Keluasan (hektar) kawasan  lapang awam pada tahun kajian.

= Jumlah penduduk keseluruhan pada tahun kajian.

≥ 2 Hektar: 1,000 Penduduk

1.5 – 1.9 Hektar: 1,000 Penduduk

 ≤ 1.4 hektar: 1,000 penduduk

3

 

2

 

1

 

≥ 2 Hektar:

1,000 penduduk