| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT2-P1 Kadar Perbandaran

GT2-P1 Kadar Perbandaran
Definisi Penunjuk

Kadar perbandaran adalah merujuk kepada peratus penduduk yang tinggal di dalam sesuatu kawasan perbandaran atau kawasan yang telah ditetapkan sebagai kawasan bandar. Peratus penduduk bandar  boleh meliputi sama ada hanya melibatkan sebuah bandar atau gabungan beberapa buah bandar.

Bandar didefinisikan sebagai Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini mempunyai penduduk 10,000 orang atau lebih; atau *kawasan pembangunan khusus; atau pusat pentadbiran daerah walaupun penduduk kurang daripada 10,000 orang dan sekurang-kurangnya 60% penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.

 

*Kawasan pembangunan khusus:

Kawasan pembangunan yang tidak diwartakan dan boleh dikenal pasti serta terpisah dari mana-mana kawasan yang diwartakan atau kawasan tepu bina melebihi 5km. Kawasan berkenaan mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 10,000 orang dengan 60% daripada penduduknya berumur 15 tahun dan ke atas terlibat dalam aktiviti bukan pertanian.

(Sumber: Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2)

Penerangan / Justifikasi

Objektif indikator ini adalah untuk menunjukkan tahap tumpuan penduduk di dalam kawasan bandar bagi tujuan penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Data kadar perbandaran adalah merujuk kepada Rancangan Tempatan yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.   Jumlah penduduk bandar pada tahun kajian.

B.   Jumlah keseluruhan penduduk pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

GT2 – P1 = (A÷B)×100

Di mana:

= Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan bandar.

= Jumlah keseluruhan penduduk tahun kajian.

 

 

≥ 60% (Tinggi)

30% - 59% (Sederhana)

≤ 29% (Rendah)

 

 

3

 

2

1

 

 

≥ 60%