| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT1-P1 Peratusan Perubahan Terhadap Kawasan Bukan Tepubina

GT1-P1 Peratusan Perubahan Terhadap Kawasan Bukan Tepubina
Definisi Penunjuk

Aktiviti tepubina adalah merupakan aktiviti guna tanah bandar sedia ada, iaitu yang telah wujud secara fizikal di atas tapak (tidak meliputi pembangunan komited yang belum dimajukan) meliputi  pembangunan perumahan, perindustrian, perdagangan, kemudahan awam dan sebagainya yang dijalankan di kawasan bandar dan kawasan luar bandar.

Aktiviti bukan tepubina adalah merujuk kepada cadangan guna tanah pertanian, perhutanan, kawasan hijau, tanah lapang, badan air di dalam Rancangan Tempatan yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Penerangan / Justifikasi

Objektif pengukuran perubahan terhadap kawasan bukan tepubina adalah bagi memastikan kawasan ini tidak dibangunkan dengan sebarang cadangan pembangunan yang akan memberi kesan kepada alam semulajadi. Cadangan pembangunan sewajarnya di jalankan di atas zon guna tanah yang telah ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan. 

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.   Keluasan (hektar) kawasan bukan tepubina pada tahun sebelum kajian.

B.   Keluasan (hektar) kawasan bukan tepubina pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

GT1 – P1 = (A-B)÷A×100

Di mana:

A = Keluasan (hektar) kawasan bukan tepubina pada tahun sebelum kajian.

= Keluasan (hektar) kawasan bukan tepubina pada tahun kajian.

0%  (Amat Memuaskan)

> 0% - 2%  (Sederhana)

> 2% (Tidak memuaskan)

 

3

2

 

1

 

 

 0%