| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ET3-P1 Kadar Pertumbuhan Pelaburan Swasta

ET3-P1 Kadar Pertumbuhan Pelaburan Swasta
Definasi Penunjuk

Kadar pertumbuhan pelaburan swasta merujuk perubahan jumlah pelaburan swasta pada tahun kajian berbanding tahun sebelum kajian.

Penerangan / Justifikasi

Nilai Pembangunan Kasar adalah penting untuk mengukur keupayaan sesebuah cadangan pembangunan apabila ia siap sepenuhnya. Sekiranya nilai pembangunan kasar ini tidak dapat dicapai secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan pelaburan projek tersebut. Di samping itu, pertumbuhan pelaburan swasta memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi Negara. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan ekonomi yang diterajui oleh sektor swasta. Ia terbahagi kepada pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI). Pertumbuhan yang diterajui oleh pelaburan swasta bererti ekonomi akan mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan, yang dikekang oleh keperluannya untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Kadar pertumbuhan pelaburan swasta yang disasarkan di dalam RMKe-11 ialah 9.4% iaitu sedikit rendah berbanding sasaran RMKe-10 iaitu 12.8%. Walau bagaimanapun Program Transformasi Ekonomi 2010 menyasarkan kadar pertumbuhan pelaburan swasta jangka panjang ialah sebanyak 12.2% menjelang tahun 2020.

Sumber : Rancangan Malaysia Kesebelas dan Program Transformasi Ekonomi, 2010                                                                                                                   

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Unit Perancang Ekonomi Negeri

  • Malaysian Investment Development Authority (MIDA)

Butiran Data

A.   Jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) mengikut projek yang diluluskan oleh PBT (RM)  dan hasil PBT daripada pengeluaran lesen perniagaan (komersial, industri) pada tahun kajian.

B.   Jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) mengikut projek yang diluluskan oleh PBT (RM) dan hasil PBT daripada pengeluaran lesen perniagaan (komersial, industri) pada tahun sebelum kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ET3 – P1 =  1/n log (A÷B)×100

Di mana:

= Jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) mengikut projek yang diluluskan oleh PBT (RM) dan hasil PBT daripada pengeluaran lesen perniagaan (komersial, industri) pada tahun kajian.

= Jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) mengikut projek yang diluluskan oleh PBT (RM) dan hasil PBT daripada pengeluaran lesen perniagaan (komersial, industri) pada tahun sebelum kajian.

= Sela masa tahun kajian dan tahun bandingan.

≥ 9.4% setahun 

7% - 9.3% setahun

 ≤ 6.9% setahun 

3

 

 

2

 

1

 

 

 

 ≥ 9.4%