| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ET2-P2 Kadar Kemiskinan

ET2-P2 Kadar Kemiskinan
Definisi Penunjuk

Peratus isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan.

Penerangan / Justifikasi

Kadar kemiskinan merupakan salah satu ciri terpenting bagi menunjukkan tahap kemunduran penduduk di sesuatu kawasan. Pengukuran garis kemiskinan dan pemantauan tren kadar kemiskinan merupakan maklumat berguna kepada pembuat keputusan untuk merancang dan melaksanakan strategi bagi menangani masalah-masalah berkaitan pembangunan manusia seperti pendidikan, kesihatan, peluang-peluang pekerjaan dan lain-lain pengukuran. Kadar kemiskinan diukur menggunakan garis kemiskinan tertentu untuk menggambarkan keadaan ekonomi dan sosial sesuatu tempat.

 

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)(RM)

Tahun 2007

Tahun 2009

Tahun 2014

Semenanjung Malaysia

720.00

760.00

930.00

Sumber : UPE, JPM.

 

WILAYAH

MISKIN

MISKIN TEGAR

Isi Rumah (RM)

Per kapita

Isi Rumah (RM)

Per Kapita

Sem. Malaysia

930

230

580

140

Bandar

940

240

580

140

Luar Bandar

870

200

580

130

Sabah / Labuan

1170

250

710

150

Bandar

1160

260

690

150

Luar Bandar

1180

250

760

160

Sarawak

990

240

660

160

Bandar

1040

250

700

160

Luar Bandar

920

240

610

150

Sumber : UPE, JPM 2016

 

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)purata bagi tahun 2014 adalah RM 930.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM1,170 bagi Sabah/Labuan dan RM990.00 bagi Sarawak. PGK Kemiskinan tegar pula ditetapkan sebanyak RM580.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM710 bagi Sabah/Labuan dan RM 660.00 bagi Sarawak.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyasarkan kadar kemiskinan dapat dikurangkan kepada 2.8% menjelang tahun 2020. Walaubagaimanapun, kemiskinan negara pada tahun 2015 telah menurun kepada 0.6% berbanding 3.8% pada tahun 2009 (RMKe-11, 2016).  

Pengukuran penunjuk ini menggunakan kadar miskin bagi setiap isi rumah mengikut kategori wilayah iaitu :

a.   Semenanjung Malaysia, RM 930.00

b.   Sabah / Labuan, RM1,170.00

c.   Sarawak, RM 990.00

 

Nota :

Isi Rumah ditakrifkan sebagai seseorang atau sekumpulan orang yang bersaudara atau orang yang tidak bersaudara yang biasanya tinggal bersama dan membuat peruntukan yang sama untuk makan dan keperluan hidup yang lain.

Sumber Data
  • e-kasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Butiran Data

A.   Bilangan isi rumah miskin pada tahun kajian.

B.   Bilangan isi rumah pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ET2 – P2 = (A÷B)×100

Di mana :

= Bilangan isi rumah miskin pada tahun kajian.

= Bilangan isi rumah pada tahun kajian.

 

Nota :

Bilangan unit rumah X purata isi rumah (IR) negeri.

 

≤ 0.2% (Tinggi)

 0.3% – 2.7% (Sederhana)

≥ 2.8% (Rendah)

 

3

2

 

1

 

 ≤ 0.2%