| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ET1-P1 Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh

ET1-P1 Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh
Definisi Penunjuk

Kadar pertumbuhan tenaga buruh dirujuk sebagai kadar perubahan bilangan tenaga buruh pada tahun kajian berbanding dengan bilangan tenaga buruh pada tahun sebelum kajian.

Penerangan / Justifikasi

Tenaga buruh (labour force) adalah berbeza dengan jumlah penduduk. Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, tenaga buruh dikategorikan sebagai penduduk yang berumur di antara 15 - 64 tahun. Dalam lingkungan umur tersebut, terdapat golongan penduduk yang tidak dianggap sebagai tenaga buruh seperti pelajar sekolah, mahasiswa dan suri rumah.

Pertambahan tenaga buruh adalah disebabkan oleh meningkatnya bilangan penduduk dalam kumpulan umur bekerja dan peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh. Pada tahun 2010 kadar pertumbuhan tenaga buruh meningkat sebanyak 2.3% berbanding 1% pada tahun 2009. Walau bagaimanapun RMKe 11 menjangkakan guna tenaga berkembang pada kadar perlahan iaitu 2.1%.

Sumber : Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020.

Sumber Data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia

  • Rancangan Pemajuan

Butiran Data

A.   Jumlah penduduk bekerja  yang berumur  15 - 64 tahun pada tahun kajian.

B.   Jumlah penduduk bekerja yang berumur  15 - 64 tahun pada tahun sebelum kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ET1 – P1 =  1/n log (A÷B)×100

Di mana:

= Jumlah pendudukbekerja yang berumur  15 - 64 tahun pada tahun kajian.

= Jumlah penduduk bekerja yang berumur  15 - 64 tahun pada tahun sebelum kajian.

= Sela masa tahun kajian dan tahun bandingan.

 

≥ 2.1% (Tinggi)

 1.3% – 2.0% (Sederhana)

≤ 1.2% (Rendah)

 

3

2

 

1

 

 

≥ 2.1%