| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT4-P1 Pengekalan Kawasan Hutan Simpan Kekal

GT4-P1 Hutan Simpan Kekal / Taman Awam
Definisi Penunjuk

Takrifan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dalam Seksyen 2 Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 adalah “mana-mana tanah yang dijadikan atau disifatkan telah dijadikan suatu hutan simpanan kekal di bawah Akta ini”.

 

Taman Awam* ialah taman yang telah diwartakan di bawah Akta Kanun Tanah Negara (KTN) [Akta 56/1965] yang merangkumi taman nasional/taman negeri.

Penerangan / Justifikasi

Pengekalan kawasan hutan simpan kekal adalah penting bagi mengelakkan hutan simpan kekal ditukar kegunaannya kepada guna tanah lain yang akan mengurangkan keluasan hutan tersebut. Hutan simpan kekal mempunyai nilai warisan yang sangat tinggi dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Kawasan hutan simpan kekal berfungsi sebagai kawasan tadahan air, menstabilkan oksigen dipermukaan bumi, menyeimbangkan ekosistem dan sebagai penampan hakisan. Justeru itu, pengekalan kawasan hutan simpan kekal adalah sangat penting untuk dipelihara agar kesemua manfaat yang dikecapi kini dapat juga digunakan oleh generasi akan  datang. Pengekalan atau penambahan kawasan hutan simpan kekal menunjukkan kemampanan bagi penunjuk ini.

 

Bagi PBT yang tidak mempunyai rizab hutan simpan kekal, taman awam yang diwartakan boleh diambil kira bagi tujuan penunjuk ini.

Sumber Data
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
  • Jabatan Perhutanan Negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Butiran Data

A.   Keluasan (hektar) Hutan Simpan Kekal / Taman Awam* yang diwartakan pada tahun kajian.

B.   Keluasan (hektar) Hutan Simpan Kekal / Taman Awam* yang diwartakan pada tahun sebelum kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

GT4-P1 = (A÷B)×100

Di mana:

A = Keluasan (hektar) Hutan Simpan Kekal / Taman Awam* yang diwartakan pada tahun kajian.

B = Keluasan (hektar) Hutan Simpan Kekal /Taman Awam yang diwartakan pada tahun sebelum kajian.

* Taman Awam yang diwartakan diambil kira bagi PBT yang yang TIDAK MEMPUNYAI rizab hutan simpan kekal sebagaimana yang dinyatakan di atas.

≥ 100%

95- 99%

≤ 94%

 

3

2

 

1

 

≥ 100% hutan simpan kekal yang diwartakan dikekalkan