| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

UT3-P1 Peratusan Permohonan Kebenaran Merancang

UT3-P1 Peratusan permohonan kebenaran merancang yang diluluskan mematuhi rancangan pemajuan/rancangan tempatan
Definisi Penunjuk

Bilangan permohonan kebenaran merancang yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat yang mematuhi pelan pengezonan Rancangan Pemajuan/Rancangan Tempatan yang telah diwartakan.

Penerangan / Justifikasi

Permohonan kebenaran merancang yang mematuhi Rancangan Pemajuan/Rancangan Tempatan akan membantu Pihak Berkuasa Tempatan memantau corak pembangunan di dalam kawasan pentadbirannya.

Sumber Data
  •  Pihak Berkuasa Tempatan.
Butiran Data
A. Jumlah permohonan kebenaran merancang yang mematuhi rancangan pemajuan/rancangan tempatan berdasarkan permohonan yang diluluskan pada tahun kajian.
B. Jumlah keseluruhan permohonan kebenaran merancang yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

UT3 – P1 = ( A / B ) x 100

Di mana:

A =   Jumlah permohonan kebenaran merancang yang mematuhi rancangan pemajuan/rancangan tempatan berdasarkan permohonan yang diluluskan pada tahun kajian.

B =   Jumlah permohonan kebenaran merancang yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan.

>80% permohonan (Paling Memuaskan)

50-80% permohonan (Memuaskan)

<50% permohonan  (Tidak Memuaskan)

 

3

 

2

 

1

 

> 80% permohonan (Paling Memuaskan)