| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

UT1-P1 Kepuasan Penduduk Terhadap PBT

UT1-P1 Peratusan kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan PBT
Definisi Penunjuk

Mengukur tahap kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan keseluruhan PBT kepada seluruh kawasan pentadbiran dan operasi.

Penerangan / Justifikasi

Tahap perkhidmatan yang terbaik oleh PBT kepada seluruh kawasan pentadbiran dan operasinya menjadi pengukur kepada kepuasan penduduk. Berdasarkan Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT), terdapat 10 perkhidmatan teras (core) yang ditawarkan oleh sesebuah PBT iaitu:-

  1. Pelaksanaan dasar pelesanan dan kawalan perniagaan;
  2. Perancangan;
  3. Kawalan Bangunan;
  4. Pengurusan Penilaian dan Harta;
  5. Pengurusan Lalulintas dan Tempat Letak Kereta;
  6. Penyenggaraan Landskap;
  7. Perancangan dan Pelaksanaan Projek;
  8. Undang-Undang dan Penguatkuasaan;
  9. Kawalan Pencegahan Penyakit-Penyakit Berjangkit; dan
  10. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
Sungguhpun begitu, kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan PBT bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sesebuah PBT dalam menyampaikan perkhidmatannya.
Sumber Data
  •  Pihak Berkuasa Tempatan
Butiran Data
A. Jumlah penduduk yang berpuashati dengan perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan kepada borang soalselidik yang diedarkan pada tahun kajian.
B. Jumlah responden yang memberi maklumbalas kepada borang kajiselidik yang diedarkan pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

UT1 – P1 = ( A / B ) x 100

Di mana:

A =       Jumlah penduduk yang berpuashati dengan perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan kepada borang soalselidik yang diedarkan pada tahun kajian.

B =      Jumlah responden yang memberi maklumbalas kepada borang kajiselidik yang diedarkan pada tahun kajian.

>80%

50-80%

<50%

3

2

1

 

 

> 80%