| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ST3-P1 Penjanaan Sisa Pepejal

ST3-P1  Peratusan penjanaan sisa pepejal per kapita
Definisi

Jumlah sisa yang dijana/dihasilkan di kawasan kajian pada tahun kajian berbanding dengan jumlah sisa pepejal yang dijana pada tahun bandingan.

Penerangan / Justifikasi

Jumlah sisa yang dijana pada tahun kajian berbanding dengan jumlah sisa pepejal yang dijana pada tahun sebelumnya dapat memberi gambaran sebenar perubahan jumlah sisa pepejal bagi menentukan program pengurusan sisa pepejal. Ini meliputi kaedah dan langkah yang lebih sesuai untuk diwujudkan bagi mengurus sisa pepejal jenis bahan buangan (contoh: sisa pepejal domestik, sisa buangan berjadual, sisa bahan pembinaan) termasuk kaedah pelupusan yang sistematik dan mampan yang mana dapat mempertingkatkan kualiti alam sekitar (dari segi tanah, bau dan udara) di kawasan kajian.

Sumber Data 
  • Pihak Berkuasa Tempatan

  • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal

Butiran Data

A.   Jumlah sisa pepejal yang dijana/ dihasilkan di kawasan kajian pada tahun kajian.

B.   Jumlah sisa pepejal yang dijana (kg) di kawasan kajian pada tahun bandingan.
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ST3 – P1 =  [ (A – B) / B ] x 100

Di mana:

A =    Jumlah sisa pepejal harian perkapita yang dijana di kawasan kajian pada tahun kajian.

A = (A/C) x 100

B =    Jumlah sisa pepejal harian perkapita yang dijana di kawasan kajian pada tahun bandingan

B = (B/D) x 100

C =    Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.

D =    Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun bandingan.

 

<  10%   (Memuaskan)

11% – 20%  (Sederhana)

> 20% (Tidak Memuaskan)

 

 

3

 2

1

 

 <10%