| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ST2- P1 Ancaman Banjir

ST2-P1 Peratusan Penduduk Yang Tinggal di Kawasan Yang Terdedah Kepada Ancaman Banjir
Definisi Penunjuk

Peratus penduduk yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada ancaman banjir.

Penerangan / Justifikasi

Ancaman semulajadi dan geo-bencana merupakan fenomena yang semakin kerap berlaku disebabkan oleh perubahan iklim global. Ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa, kerugian dan kerosakan harta benda, gangguan sosial, kemerosotan ekonomi dan penyusutan kualiti persekitaran. Ini penting untuk mengenalpasti program dan tindakan bagi membantu penduduk yang terlibat menghadapi dan mengatasi ancaman semulajadi dan geo-bencana di kawasan kajian.

Sumber Data
  •  Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.    Bilangan penduduk yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada ancaman banjir pada tahun kajian di kawasan kajian.

B.    Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ST2 – P1 = (A / B ) x 100

Di mana:

A = Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada ancaman banjir di kawasan kajian pada tahun kajian.

B = Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.

< 10% (Memuaskan)

 10% -20% (Sederhana)

> 20% (Tidak Memuaskan)

3

2

 

1

<10%