| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ST1-P2 Keadaan Kualiti Udara Persekitaran

ST1-P2 Keadaan Kualiti Udara Persekitaran
Definisi Penunjuk

Indeks Kualiti Udara (API) adalah penunjuk kepada keadaan kualiti udara berdasarkan pengawasan di sekitar kawasan kajian. API dikira berdasarkan paras purata parameter-parameter kumin-kumin pepejal.

Penerangan / Justifikasi

Pengukuran kualiti udara dilakukan di beberapa rangkaian stesen pengawasan kualiti udara oleh JAS yang ditempatkan di seluruh negara. Data diberi berdasarkan bacaan di stesen kajian atau di stesen yang terhampir staip hari di kawasan kajian. Paramater kualiti udara yang diambil kira semasa mengukur API adalah paras purata parameter-parameter kumin-kumin pepejal (PM10), Sulfur Dioxide (SO2), Carbon Monoxide (CO), Nitrogen Dioxida (NO2), dan Ozon (O3).

Semakin tinggi peratus hari dalam setahun indeks pencemaran udara berkeadaan baik di kawasan kajian menunjukkan semakin mampan sesuatu kawasan.

Nota:

Indeks Kualiti Udara (API)

Status

0-50

Baik

51-100

Sedang

101-200

Tidak Sihat

201-300

Sangat Tidak Sihat

> 301

Berbahaya

Sumber Data
  •  Jabatan Alam Sekitar

Butiran Data

 A.     Bilangan hari direkodkan berstatus Baik dan Sedang yang diukur mengikut indeks Kualiti Udara di kawasan kajian pada tahun kajian.

B.     Bilangan hari dalam setahun.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ST1 – P2 = (A / B ) x 100

Di mana:

A =    Bilangan hari direkodkan berstatus Baik dan Sedang yang diukur mengikut indeks Kualiti Udara di kawasan kajian pada tahun kajian.

B =    Bilangan hari dalam setahun.

 

>80% (hari baik)

60% – 80% (hari baik)

  <60% (hari baik)

3

 

2

1

>80% hari baik