| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

ST1-P1Tahap Kebersihan Sungai (WQI)

ST1-P1 Penunjuk Tahap Kebersihan Sungai (WQI)
Definisi Penunjuk

Tahap kebersihan sungai-sungai yang merentasi kawasan kajian. (Keadaan kualiti air sungai berdasarkan pengawasan di sekitar kawasan kajian yang ditunjukkan melalui WQI.)

Penerangan / Justifikasi

Air sungai yang bersih dapat menyumbang kepada kualiti alam sekitar yang tinggi. 97% sumber bekalan air di Malaysia adalah air sungai. Oleh itu, sungai perlu dipelihara dengan mengambil tindakan awal bagi mencegah pencemaran dan memastikan kualiti air di tahap bersih. Indeks kualiti air sugai (WQI) diukur berdasarkan Parameter Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD), pH, Oksigen Terlarut (DO), Pepejal Terampai (SS) dan Ammonikal Nitrogen (AN).

Nota:

Indeks Kualiti Air Sungai

Status

> 80

Bersih

60 – 79

Sederhana Tercemar

< 59

Sangat Tercemar

Sumber Data
  •  Jabatan Alam Sekitar

Butiran Data

A.    Bilangan sungai tercemar yang melalui kawasan kajian yang diukur mengikut indeks kualiti air sungai.

B.    Bilangan sungai yang melalui kawasan kajian diukur mengikut indeks kualiti air sungai.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

ST1 – P1 = A/ B  x 100

Di mana:

A = Bilangan sungai tercemar yang melalui kawasan kajian yang diukur mengikut indeks kualiti air sungai.

B = Bilangan sungai yang melalui kawasan kajian diukur mengikut indeks kualiti air sungai.

 

  < 10%

 10%-50%

> 50%

3

2

1

  0%