| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

KT5-P1 Nisbah Kebergantungan

KT5-P1 Nisbah Kebergantungan
Definisi Penunjuk

Nisbah kebergantungan merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan sebahagian populasi (yang tidak berkerja) yang bergantung kepada populasi yang berkerja. Nisbah kebergantungan adalah bersamaan dengan jumlah populasi yang berumur bawah 15 tahun dan melebihi 64 tahun dibahagikan dengan jumlah populasi yang berumur 15 hingga 64 tahun, dalam bentuk peratusan.

Penerangan / Justifikasi

Nisbah kebergantungan menunjukkan potensi kesan beban dalam struktur populasi bagi pembangunan sosial dan ekonomi, terutamanya keperluan sokongan sosial. Nisbah kebergantungan yang tinggi menunjukkan penduduk yang aktif ekonomi dapat mengambil tanggungan/beban yang lebih besar dalam menyokong golongan muda atau golongan yang lebih tua.

Nisbah kebergantungan Malaysia didapati menurun daripada 59.9% (2007) kepada 56.3% (2010) (WHO, 2010). Berbanding dengan negara maju seperti Jepun, nisbah kebergantungannya meningkat daripada 50.4% kepada 55.4% pada sela tahun yang sama..

Sumber Data
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
Butiran Data

A.

Jumlah penduduk umur 15-64 tahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

B.

Jumlah penduduk umur kurang daripada 15 tahun dan lebih daripada 64 tahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

 KT5 – P1 =  ( B / A) x 100

Di mana:

 A =  Jumlah penduduk umur 15-64 tahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

B =  Jumlah penduduk umur kurang daripada 15 tahun dan lebih daripada 64 tahun di kawasan kajian pada tahun kajian.

<39%    

40-60%  

>61%

3

 

2

1

  ≤ 50%