| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

KT3-P1 Nisbah Kes Aduan Berkaitan Kacau Ganggu Awam Kepada 10,000 Penduduk

KT3-P1 Nisbah kes aduan berkaitan kacau ganggu awam kepada 10,000 penduduk
Definisi Penunjuk

Bilangan aduan berkaitan dengan kacau ganggu awam yang diterima oleh PBT dalam setahun. Kacau ganggu ertinya sesuatu perbuatan, peninggalan atau benda yang menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan kepada deria penglihatan, bau atau pendengaran atau yang membencanakan atau berbahaya atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang menjejas keselamatan atau hak penduduk umumnya.

(sumber : Akta Kerajaan Tempatan, Akta 171)
Penerangan / Justifikasi

Di bawah Seksyen 80 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), setiap PBT dikehendaki (diwajibkan) mengambil langkah memberhentikan semua kacau ganggu awam yang berlaku dalam kawasan yang terletak di bawah kuasanya. Aduan kacau ganggu boleh menunjukkan tahap kualiti penduduk ke atas kepuasan suasana persekitaran yang didiami.

Sumber Data
  •  Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data
A. Bilangan kes aduan yang diterima oleh PBT di kawasan kajian pada tahun kajian.
B. Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

KT1 – P1 =  (A /B) x 10,000

Di mana:

 A =  Bilangan kes aduan yang diterima oleh PBT di kawasan kajian pada tahun kajian.

B =  Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.

  < 10 Aduan : 10,000 Penduduk 

< 10-20 Aduan : 10,000 Penduduk 

> 20 Aduan : 10,000 Penduduk

3

2

1

< 10 Aduan : 10,000 Penduduk