| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

KT2-P1 Peratus Liputan Kediaman Dalam Lingkungan 400 Meter Dari Kemudahan Masyarakat

KT2-P1 Peratus liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat
Definisi Penunjuk

Jarak berjalan kaki yang diukur dalam bentuk radius/bulatan dari kemudahan masyarakat (tiga jenis kemudahan masyarakat) dengan tempat kediaman.

Penerangan / Justifikasi

Pengukuran jarak kemudahansampaian penduduk ke kemudahan-kemudahan masyarakat sekitar kediamannya.

Kemudahan masyarakat yang dimaksudkan ialah kemudahan awam untuk kesihatan, keagamaan dan pendidikan yang di taja oleh kerajaan. Kemudahan-kemudahan ini hendaklah kemudahan hierarki rendah iaitu kemudahan asas yang disediakan untuk kegunaan penduduk setempat seperti:-

Kesihatan – Pusat Kesihatan Daerah, Klinik Desa, Poliklinik, Hospital Daerah.

Keagamaan – Masjid, Surau, Tokong, Kuil, Gudwara dan sebagainya.

Pendidikan – Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Tidak termasuk tadika, taska,sekolah menengah berasrama penuh, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. 
Sumber Data
  •  Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A.

Pelan yang menunjukkan pertindihan kawasan kediaman dalam radius 400m dari lokasi (titik) kemudahan masyarakat.

B.

Jumlah keluasan kawasan kediaman di dalam kawasan operasi PBT.

C.

Jumlah keluasan kawasan kediaman dalam lingkungan  400m radius dari kemudahan masyarakat.

Formula

Piawaian

Skor

Sasaran Piawaian

KT2 – P1 =  (C / B) x 100

Di mana:

  BJumlah keluasan kawasan kediaman di dalam kawasan operasi PBT.

C =  Jumlah keluasan kawasan kediaman dalam lingkungan  400m radius dari kemudahan masyarakat.

> 80%

50-80%

< 50%

3

1

> 80% kawasan kediaman dalam lingkungan 400 meter radius dari kemudahan masyarakat