| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

KT1-P1 Peratus Unit Rumah Mampu Milik Berkualiti (Affordable Quality Housing)

KT1-P1 Peratus Unit Rumah Mampu Milik Berkualiti (Affordable Quality Housing)
Definisi Penunjuk

Secara asasnya konsep rumah mampu milik tidak mempunyai  definisi yang tetap dan seragam. Berdasarkan gabungan beberapa takrifan dan pernyataan umum rumah mampu milik yang digariskan di dalam  dokumen-dokumen seperti Dasar Perbandaran Negara, Rancangan Fizikal Negara Ke-2, Dasar Perumahan Negara, Rancangan Malaysia Ke-10, kertas konsep `My First Home Scheme’, kertas Konsep Perumahan 1Malaysia (PR1MA, 2012) dan kertas `Affordable Land Housing in Asia’ (UN Habitat, 2011),  definisi rumah mampu milik dirumuskan meliputi rumah-rumah yang dibangunkan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah, sederhana rendah dan sederhana.  Ia berkait dengan kemampuan pendapatan (bulanan) pelbagai golongan isi rumah untuk membayar sekurang-kurangnya 1/3 daripada jumlah pendapatan untuk tujuan bayaran rumah (pemilikan sendiri atau sewa) tanpa  membebankan isi rumah membayar kos-kos kehidupan yang lain.

Secara khususnya, rumah mampu milik adalah meliputi :

(i)     pelbagai jenis rumah kos rendah berharga RM42,000 ke bawah (kos rendah swasta, Program Perumahan Rakyat – PPR/Jabatan Perumahan Negara dan  Program  Perumahan Mesra Rakyat / Program Perumahan Mampu Milik – SPNB);

(ii)    pelbagai jenis rumah kos  sederhana rendah berharga di antara RM42,000 – RM80,000 (kos sederhana rendah swasta dan awam); dan

(iii)   pelbagai jenis rumah kos sederhana berharga tidak melebihi RM300,000 (iaitu harga siling yang ditetapkan di peringkat negara yang merujuk kepada harga maksimum rumah PR1MA.

* Definisi di atas adalah berbeza dengan takrifan PR1MA yang hanya menetapkan rumah kos sederhana berharga di antara RM150,000 – RM300,000 sebagai rumah mampu milik (kertas Konsep Perumahan 1Malaysia, Unit PR1MA, JPM, 2012).  

 

Penerangan / Justifikasi

Jenis  rumah kos sederhana dilihat wajar ditakifkan sebagai rumah mampu milik selaras dengan penemuan kajian/statistik semasa yang menunjukkan kewujudan permasalahan yang serius dalam penawaran, kemampuan pendapatan dan kemampuan memiliki rumah di mana golongan berpendapatan sederhana (RM2,500 – RM7,000) tidak layak untuk memiliki rumah kos rendah/sederhana rendah (syarat/kawalan pihak berkuasa tertentu) dan tidak mampu untuk memiliki rumah kos sederhana tinggi dan rumah kos tinggi kerana harga yang terlalu mahal.

Pembinaan rumah mampu milik yang mencukupi dan berkualiti untuk isi rumah berpendapatan rendah, sederhana rendah dan sederhana  adalah  amat penting dalam proses melahirkan komuniti yang sejahtera memandangkan golongan ini (berpendapatan <RM7,000) mewakili 75% daripada jumlah isi rumah negara (Kajian `Supply of Affordable Housing Through Public Private Partnership (PPP), 2011). Penekanan kepada rumah mampu milik juga selaras dengan  Dasar Perumahan Negara dan aspirasi negara untuk mencapai matlamat  1 Isi Rumah  1 Rumah.

 

Sumber Data
  • Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC)
  • SUK Bahagian Perumahan
  • Pihak Berkuasa Tempatan
Butiran Data
A. Jumlah unit rumah mampu milik (mengikut harga siling rumah mampu milik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing)* yang siap dibina di kawasan kajian pada tahun kajian
B. Jumlah keseluruhan unit kediaman yang siap dibina di kawasan kajian pada tahun kajian.
Nota* : Harga sehingga RM300,000 adalah merujuk kepada harga siling (maksimum) bagi rumah mampu milik PR1MA. Harga ini telah diterima sebagai  harga siling rumah kos sederhana di peringkat negara. Bagi negeri-negeri yang telah menetapkan harga siling yang lebih rendah untuk rumah kos sederhana dan  julat harga atau kadar harga maksimum yang tertentu bagi rumah kos rendah dan kos sederhana rendah, maka kadar tersebut hendaklah digunakan bagi butiran Data A.
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

KT1 – P1 =  (A / B ) x 100

 Di mana:

 A =  Jumlah unit rumah mampu milik berkualiti (berharga sehingga RM300,000) yang siap dibina di kawasan kajian pada tahun kajian.

B =  Jumlah unit kediaman yang siap dibina di kawasan kajian pada tahun kajian.

>60% 

30%-60% 

<30%   

3

2

> 60%