| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT4-P1 Perkhidmatan Pembentungan Berpusat

IT4-P1 Peratusan kediaman yang mendapat perkhidmatan pembetungan berpusat 
Definisi Penunjuk

Mengukur peratusan kawasan bandaran mendapat perkhidmatan pembetungan bersambung dalam kawasan kajian. Perkhidmatan pembetungan bersambung meliputi : 

Tangki Septik Individu (Individual Septic Tank) - sistem pengumpulan dan kumbahan yang merangkumi rangkaian paip dan loji rawatan kumbahan berpusat. Sistem pembetungan berpusat digunakan untuk mengumpul dan merawat kumbahan daripada kuantiti yang tinggi yang terhasil daripada tadahan yang spesifik menurut strategi tadahan pembetungan di kawasan tersebut.

Loji Setempat (Multipoint Plant) - sistem pembetungan setempat merujuk kepada rawatan kumbahan dan pembuangan untuk sistem pengumpulan dan rawatan yang melibatkan komuniti yang kecil. Loji-loji ini akhirnya akan dirasionalisasikan ke loji-loji berpusat.

Loji Persendirian (Private Plant) - Loji persendirian adalah loji yang belum lagi diserahkan sebagai loji awam kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) atau sebelum 2008, kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

Tangki Septik Individu (Individual Septic Tank)- sesuai untuk sesuatu kediaman atau bangunan individu dengan kesetaraan penduduk (PE) sehingga 150 yang tidak mempunyai sistem pembetungan berpusat dan pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesan buruk kepada persekitaran. Enapcemar boleh disimpan di dalam tangki selama 2 tahun yang mana selepas itu ia perlu dikosongkan mengikut jadual untuk tangki itu beroperasi dengan baik.

Penerangan / Justifikasi

Perkhidmatan pembetungan bersambung adalah penting dalam memantau kualiti pengeluaran sisa kumbahan berbanding sistem pembetungan konvensional (individual septic tank). Lebih tinggi peratusan kawasan yang mendapat perkhidmatan pembetungan bersambung adalah lebih mampan.

Sumber Data
  • PBT

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 

Butiran Data
A. Jumlah kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan berpusat.
B. Jumlah kediaman di kawasan kajian pada tahun kajian.

 

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT4 – P1 = ( A / B ) x 100

Di mana:

A =   Jumlah kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan berpusat

B =   Jumlah kediaman di kawasan kajian pada tahun kajian

> 80% (Tinggi)

60%-80%  (Sederhana)

< 60% (Rendah)

 

 3

2

1

 

100%