| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT3-P1 Stesen Pengangkutan Awam

IT3-P1 Penunjuk Bilangan Stesen Pengangkutan Awam Bersepadu
Definisi Penunjuk

Bilangan terminal/stesen pengangkutan awam bersepadu di sesebuah kawasan. Terminal/stesen pengangkutan awam bersepadu adalah tempat/kawasan/bangunan yang menempatkan pelbagai kemudahan pengangkutan awam (gabungan antara bas atau teksi atau rel atau air) di satu tempat/kawasan.

Penerangan / Justifikasi

Terminal/stesen pengangkutan awam bersepadu dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara berpusat yang dapat meningkatkan kemudahsampaian, mengurangkan penggunaan sumber (tanah), dan kesesakan lalu lintas serta dapat menjimatkan masa pertukaran mod pengangkutan. Lebih banyak terminal pengangkutan awam bersepadu disediakan lebih mampan.

Terminal/stesen bermaksud pusat pengangkutan awam yang menempat semua mod pengangkutan awam pada satu lokasi.

Sumber Data
  •  Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data

A. Bilangan terminal pengangkutan awam bersepadu
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT3 – P1 = A

Di mana:

A =  Bilangan terminal pengangkutan awam bersepadu di kawasan kajian pada tahun kajian.

 

 

> 3

 

2 – 3

 

1

 

 

 

3

 

2

 

1

 

 

> 3