| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT2-P1 Sisa Pepejal Kitar Semula

IT2-P1 Penunjuk Peratusan Sisa Pepejal DiKitar Semula
Definisi

Mengukur peratusan sisa pepejal yang dikitarsemula di sesebuah kawasan

Penerangan / Justifikasi

Sisa pepejal yang dikitarsemula merujuk kepada isipadu sisa yang dikitar semula di pusat pengumpulan kitar semula berdaftar.

Program kitar semula ini amat digalakkan pelaksanaannya di sesebuah kawasan. Pengukuran dibuat berdasarkan jumlah sisa pepejal yang dikitarsemula (kilogram) berbanding jumlah sisa pepejal yang dijana di sesebuah kawasan. Lebih besar peratusan kitar semula maka ianya lebih mampan.

Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan mensasarkan kadar kenaikan tahunan kitar semula penduduk Malaysia adalah 1 peratus setahun dan dijangkakan kadar kitar semula penduduk Malaysia pada tahun 2020 adalah sebanyak 22 peratus.


Sumber Data

 

  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
Butiran Data

A. Jumlah sisa pepejal yang dikitarsemula (kilogram).

B. Jumlah sisa pepejal yang dijana (kilogram).

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT2 – P1 = ( A / B ) x 100 

Di mana:

A = Jumlah sisa pepejal yang dikitar semula di kawasan kajian pada tahun kajian

B = Jumlah sisa pepejal yang dijana di kawasan kajian pada tahun kajian

> 20% (Memuaskan)

 10% – 20% (Sederhana)

 < 10% (Tidak Memuaskan)

3

 2

 1

> 22%