| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT1-P2 Penggunaan Elektrik

IT1-P2 Penunjuk Jumlah Penggunaan Elektrik Domestik Per Kapita
Definisi Penunjuk

Mengukur isipadu penggunaan elektrik domestik harian bagi setiap penduduk di sesebuah kawasan dalam tahun kajian.

Penerangan / Justifikasi

Menurut statistik yang dilaporkan di Laporan Imbangan Tenaga Kebangsaan (National Energy Balance) 2008, Malaysia merekodkan peningkatan penggunaan tenaga asas pada kadar 6.1% setahun di antara tahun 2000 hingga 2008. Nilai ini juga menghampiri peningkatan GDP purata tahunan iaitu 6% bagi jangkamasa yang sama. Peningkatan permintaan tenaga bukan sahaja berhubungkait rapat dengan GDP tetapi juga peningkatan populasi penduduk (Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), 2011).

Kos elektrik dari penjanaan hingga ke pembahagian akan dikira sebagai tarif. Di samping memenuhi permintaan yang meningkat, pemberian tarif yang saksama hendaklah dipantau untuk memastikan perkembangan ekonomi yang berterusan. Bagi mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi, kegunaan tenaga per kapita semestinya akan meningkat. Pengukuran penggunaan elektrik dapat membantu dalam perancangan struktur bekalan dan pembahagian tenaga elektrik yang holistik dapat dijalankan.

Sumber: Olahan daripada Perjuangan – Masa Depan Industri Elektrik Negara (2011)
Sumber Data
  • Tenaga Nasional Berhad
Butiran Data
  • Jumlah penggunaan elektrik domestik harian (kW) di kawasan kajian pada tahun.

  • Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

IT1 – P2 = A / (365 x B) 

Di mana:

A = Jumlah penggunaan elektrik domestik harian (kW) di kawasan kajian pada tahun kajian

B = Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian

<6 kW/ hari/ orang (Rendah)

6 – 15 kW/ hari/ orang (Sederhana)

> 15 kW/ hari/ orang (Tinggi)

3

2


1

<6 kW/ hari/ orang