| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

IT1-P1 Penggunaan Air

IT1-P1 Jumlah isipadu penggunaan air domestik harian per kapita.
Definisi Penunjuk

Mengukur isipadu penggunaan air domestik harian per kapita di kawasan pada tahun kajian.

Penerangan / Justifikasi

Kadar penggunaan air yang disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun kadar penggunaan air di Malaysia adalah sebanyak 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.

Penggunaan air domestik harian secara berhemah oleh setiap penduduk adalah sangat penting untuk menjamin kemampanan bekalan sumber air yang berterusan pada masa akan datang. Penggunaan jumlah isipadu air yang rendah adalah mampan.

Sumber Data

· Jabatan Bekalan Air Negeri / Syarikat Perkhidmatan Air

· Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Butiran Data

A. Jumlah penggunaan air domestik setiap hari di kawasan kajian.

B. Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawai

IT1 – P1 = A /(365 x B)

Di mana:

A = Jumlah penggunaan air domestik harian (liter) di kawasan kajian pada tahun kajian

 B = Jumlah penduduk di kawasan kajian pada tahun kajian

< 165 liter/ hari/ orang (Rendah)

166 - 200 liter/ hari/ orang (Sederhana)

> 201 liter/ hari/ orang (Tinggi)

 

3

 

 

2

 

 

1

 

 

 

 

 


 

< 165 liter/ hari/ orang