| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT4-P2 Bilangan kawasan pusat tarikan pelancongan dan rekreasi

GT4-P2 Bilangan kawasan pusat tarikan pelancongan dan rekreasi
Definasi Penunjuk

Pusat tarikan pelancongan adalah merujuk kepada tempat menarik yang menjadi kunjungan pengunjung dan pelancong untuk melihat dan menikmati nilai budaya tempatan, kepentingan sejarah, keindahan alam semulajadi atau alam binaan, hiburan dan sebagainya. Di antara contoh-contoh kawasan pusat tarikan pelancongan dan rekreasi adalah seperti tempat bersejarah, monumen, zoo, muzium dan galeri, taman botani, taman negara, taman tema dan sebagainya.

Secara terperinci, aktiviti pelancongan meliputi 12 sub sektor iaitu sejarah, budaya, pelancongan agro, membeli-belah, konvensyen, kesihatan, sukan, rekreasi, makan-makan, pendidikan, pelancongan belia dan rumah kedua.

Penerangan / Justifikasi

Pengukuran ini bertujuan mengenalpasti kewujudan kawasan pusat tarikan pelancongan dan rekreasi sedia ada bagi menunjukkan bahawa penduduk di sesuatu kawasan mempunyai `access’ yang mencukupi kepada aktiviti berkenaan.

Sumber Data
  • Pihak Berkuasa Tempatan

Butiran Data
    A. Bilangan kawasan pusat tarikan pelancongan dan rekreasi di sesebuah kawasan.
Formula Piawaian Skor Sasaran Piawai

GT4 – P2 = A

Di mana:

A = Bilangan kawasan tarikan pelancongan dan rekreasi

> 5

 2 – 5

 < 2

 

3

2

 1

 

 

> 5

kawasan pelancongan