| Selamat Datang: Tetamu
Loading page, please wait ...

GT4-P1 Peratus Perubahan kawasan yang diliputi hutan

GT4-P1 Peratus Perubahan kawasan yang diliputi hutan
Definisi Penunjuk

Kawasan hutan adalah merujuk kepada semua jenis hutan yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Secara umum, definisi kawasan hutan adalah merujuk kepada pentakrifan oleh United Nation Food and Agriculture Organisation (FAO - global forest resource assessment 2010) seperti berikut:

“Land spanning more than 0.5 hectares with trees higher than 5 metres and a canopy cover of more than 10% or trees able to reach these thresholds in situ.”

Secara khusus, ia meliputi tiga kategori hutan iaitu:

(i) Hutan simpan (tertakluk di bawah Akta Perhutanan Negara, 1984)

(ii) Hutan tanah kerajaan

(iii) Hutan bermilik (hutan di atas tanah persendirian/syarikat)

Nota: Merujuk kepada Akta Perhutanan Negara, 1984, ladang atau kumpulan pokok-pokok getah juga boleh dikategorikan sebagai kawasan hutan.

Penerangan / Justifikasi

Mengenalpasti perbandingan jumlah keluasan kawasan yang diliputi hutan dengan keluasan tanah dalam sesebuah kawasan. Ia bertujuan untuk melihat secara khusus kewujudan kawasan hutan yang terdapat di sesebuah kawasan. Ini kerana kawasan hutan merupakan kawasan yang tinggi bio-diversitinya dan mampu mengimbangi kawasan tepubina.

Bagi tujuan perlaksanaan MURNInets, Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan MURNInets dan Peranan Pusat Operasi MURNInets Negeri pada 20 Februari 2013 telah bersetuju untuk tidak mengambilkira kawasan ladang getah sebagai salah satu kategori kawasan hutan. Ini adalah kerana kawasan ladang getah adalah termasuk sebagai kawasan yang cenderung dibangunkan.

Sumber Data
  • Jabatan Perhutanan Negeri

Butiran Data

A. Keluasan kawasan hutan pada akhir tahun kajian.

B. Keluasan kawasan hutan pada akhir tahun sebelumnya.

Formula Piawaian Skor Sasaran Piawaian

GT4 – P1 = (A – B / B) x 100

Di mana:

A = keluasan hutan pada akhir tahun kajian

B = keluasan hutan pada akhir tahun sebelumnya

> 1%

 0-1%

 < 0%

3

2

1

> 1%
peningkatan kawasan
diliputi hutan